Rasai Ketenangan...

Saturday 13 July 2013

Manis tapi Beracun!

Assalamualaikum wbt., 

Ramadhan ke-4 - 

Manis tapi beracun?? apa tu?? hehehe taktau? macam-macam yang kita fikir kannn.. apa laa yang manis sangat tu sampai beracun.. mesti ada yang terbayang makanan-makanan manis.. minuman yang manis.. penyakit kencing manis... gulaa... banyak lagi lah.. tapi apa yang saya nak taiptaip ni bukan manis-manis semua tu.. manis yang lain... oh! senyuman manis?? hahaha beracun sangat pada orang yang melihat terpikat sampai terbayang-bayang senyuman tu hingga tertidur.. senang kata "angau"!! hahahah tidak juga berkenaan manisnya senyuman itu... bukan yeee...

Manisnyeeeeeeee.. warna-warni laagiiiii.. =D


Manis yang saya nak cerita ni ada kaitannya dengan kisah Nabi Adam a.s.. haaa daahhh.. terbayang pulak yee drama Adam & Hawa?? hehehe.. ohhh... bukan juga kisah sedemikian.. ini kisah manisnya pujukan iblis  sehingga Nabi Adam dan isterinya Hawa melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.. apa Nabi Adam buat?? Baginda makan buah dari pohon terlarang di syurga.. disebabkan pujukan iblis yang sedari awal ditegaskan bahawa iblis adalah musuh laknat manusia dan penuh tipu daya, Nabi Adam terlupa.. terleka.. terlalai dengan larangan Allah.. maka terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.. hmmm...bahaya kan iblis durjana nii... jahat sangat...

Iblis.. siapa Iblis? diciptakan dari api.. makhluk yang sangat sombong dengan penciptaannya.. perasan lebih mulia & lebih agung dari manusia sebabnya manusia diciptakan dari tanah.. kerana kesombongannya tuuu, Iblis dibuang dari syurga dan dilaknat Allah hingga hari kiamat dan dijanjikannya sebagai penghuni neraka..dalam pada tu iblis mengancam nak sesatkan Adam dan keturunannya dengan memujuk, menggoda, mempengaruhi manusia hingga melanggar perintah Allah.. makhluk ini lah si licik yang jahannam.. itulah dia iblis.. syaitan.. musuh nyata manusia..

bila kita perhati dan teliti zaman sekarang yang penuh dengan kemodenan... semakin banyak yang mengundang kelalaian keturunan Nabi Adam nii.. hanya sedikit dan segelintir sahaja yang sedar dari kelalaian itu.. kadang-kadang risau juga dengan masa depan diri ni dan seluruh manusia.. makin banyak perbalahan.. makin banyak peperangan.. makin banyak pembaziran.. makin teruk kelalaian.. makin banyak juga masalah hati.. keseronokan yang melampau.. semuanya sebab godaan dan hasutan licik iblis.. menghasut manusia berdendam sesama sendiri.. menjadikan manusia menyombong & bermegah diri..

semua yang ada di atas bumi ini manis-manis belaka.... 
kaya harta itu manis...
cantik ciptaan lahiriah itu manis...
pergaulan sesama manusia itu manis...
hiburan itu manis..
fashionista itu manis..
hijabista itu manis..
gadjetista itu manis... gadjetista??? gadjet? smartphone?  =P
berbuat baik itu manis...
segalanyaaa laaa manis... manis yang macam mana kita tak tau.. manis sesedap rasa ke manis beracun..
manis sesedap rasa yang saya maksudkan ialah cukup ikut keperluan diri, bersifat qana'ah, tidak melebih, bersyukur dan tidak tersasar dari landasan cinta Allah..
manis beracun pula ialah melakukan sesuatu kerana bisikan iblis.. contohnye berlebih-lebihan, buat sesuatu semuanya kerana nak dapatkan perhatian manusia dan nak mendapat nama (ujub) dan tiada rasa syukur... senang cerita rasa tak cukup ajeee dengan segala yang dia ada,...

apa-apa pun jaga-jaga dengan kata-kata manis iblis.. syaitan... jangan mudah terpedaya... niatkanlah setiap perbuatan kita kerana Allah Taala.. Dia lah yang bagi kita rezeki... bersyukur segala pemberianNya... insyaALLAH.. pasti ada ganjaran hebat menanti di akhirat kelak.. =) 


"Kurangkan manis dalam makanan.. lebihkan manis dalam senyuman... =) "

shaye shenyum nii.. shaye shenyummm.. encem tak? comei tak? =P

erk.. ada kene mengena ke motto kat atas niii..? hehehehe =P

setakat ini saja 'bebelan' saya... harapnya dapat memberi manfaat dan kesedaran walau secebis pada diri yang menaip ni dan yang membaca entri ni.. segala salah silap taipan kata-kata diatas harap dimaafkan dan ditegur mana yang kurang.. Aasiff...



Salam Mujahadah...
Salam Ramadhan... (^_^)

-dalam pembacaan Sirah Nabi-


indahnya ciptaan Ilahi.. =)

No comments:

Post a Comment