Rasai Ketenangan...

Wednesday 12 December 2012

Luahan Itu.. Hanya untuk KAU

Assalamualaikum w.b.t...

Luahan rasaku?
Kau tahu apa ku rasa?
Kau tahu apa di hatiku?
Kau tahu apa keinginanku?
Aku mahu ke arah itu..
Aku mahu menjadi begitu..
Aku bercita-cita untuk ke situ...
Hatiku.. jiwaku... sering memberontak...
Tiap hari aku fikir akan itu..
Aku sangat cemburu melihat sahabat-sahabatku sudah ke arah itu..
Semakin ramai gadis ke arah itu makin jiwaku memberontak...
Dalamanku terusan memberontak..memberontak dan menberontak...
Aku mahu itu! aku mahu menjadi itu!! aku mahu!!
Mindaku berputar..
Bagaimana harus aku ke situ??
Apa aku perlu lakukan?
Bila aku harus ke situ?
Kuatkah aku untuk istiqamah lalui jalan itu...
Sejujurnya aku tiada tempat untuk meluahkan rasa itu..
Hanya sesetengah sahabat sahaja yang mengetahuinya...
Itu pun tak semua aku ceritakan..
Tetapi aku perlukan sokongan... dorongan...
Aku taktau harus bagaimana hendak aku luahkan rasa itu..
Sungguh luar biasa Cinta-Mu ya ALLAH..
Sehingga tidak dapat kuungkapkan dengan kata-kata...
Ya ALLAH bantulah hamba-Mu ini menuju ke jalan redha-Mu..
Jangan Kau hilangkan rasa ini..
Aku belum puas merasai kenikmatan cinta-Mu...
Hanya Engkau tempat aku meluahkan segala rasa..
Hanya Engkau tempat aku memendam rindu...
Hanya Engkau la segalanya di hatiku...
Jangan Kau jauhkan hati ini.. jiwa ini dari jalan-Mu..
Tunjukkanlah aku jalan untuk aku capai cita-citaku itu...
Sesungguhnya Kau Tuhan Maha Penyayang...Maha Mengasihani...



Cita-cita seorang hamba yang dahulunya hilang arah...
Cita-cita seorang hamba sangat besar dosanya...
Cita-cita seorang hamba demi menggapai cinta-Nya...
Cita-cita seorang hamba menjadi muslimah sejati...
Doakanlah daku..Doakanlah...
Aku sedang berusaha ke arah itu...
Aku mahu kelihatan cantik di sisi ALLAH...
Cukuplah hanya untuk ALLAH..
Cukuplah HANYA untuk Tuhanku Yang Satu...




elok kalau begini kannn... (^^,)





indahnya ciptaan Ilahi... =)

Saturday 8 December 2012

Nak ini!!!!

Assalamualaikum w.b.t...

waaaaaaaaa...... woooooo....

teruja gila tgk vdeo nih.....

saya mau ini!!! 

nak!!! nak!! nak!!!!

Samsung Galaxy Camera!!!!
    


***dah macam meroyan pulak saya nih... hihihi ****



indahnya ciptaan Ilahi... =)

Friday 7 December 2012

Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum w.b.t...
Salam Jumaat 7Disember2012, 12.50ptg...
yeay!!!! post lagi.. hihihi..
sejak akhir ni mmg sy tak pernah boring post kt blog...hehehe

Eh dah Jumaat lah!! Penghulu segala hari...
Di sinari mentari ceria... yeay!! Alhamdulillah...
masih lagi bernyawa & melihat keindahan ciptaan Allah...
hmmm... biasanya Jumaat ni ape org akan fikir??
> oh yes! hari last keje/skolah utk mggu ni...
> yeay! bsok Sabtu! kita cuti!!
> emm rase nk balik keje awal la hari ni..
> hmm.. malasnya nk buat keje nih... ingt cuti jee...
betol tak ape yg sy taip kat atas nih?? kalau salah maaf banyak2... sy juga insan ada khilafnye... =)
ok.. ape yg sy nk sampaikan adalah...bukan 'keseronokan' yg diatas ni...
tapi berkenaan dengan amalan membaca Surah Al-Kahfi...
biasanye siapa yg pernah bersekolah agama /berasrama atau join usrah msti biasa dgn tazkirah2 pasal amalan ni kan?? tipu la kalau takde... 
sy sekolah asrama tak full 2tahun pon dapat ilmu ni... takkan yg dah skolah berasrama 5-7tahun taktau lagi pasal ni kan?? =P hihihi




Surah Al-Kahfi...ape khasiat/ fadhilatnya??

1) Terhindar daripada gangguan Dajjal (fadhilat paling femes!)

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Darda' daripada Nabi (SAW), baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi. maka terhindar daripada Al-Dajjal."
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah)

2) Terhindar Fitnah Dajjal

Daripada Al-Tarmizi, sesiapa menghafaz tiga ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi (SAW) bersabda: "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah AL-Dajjal"
(Hadis riwayat Muslim dan Al-Nasa'i)

3) Dilimpahkan Cahaya

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: " Sesiapa membaca awal dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
(Hadis riwayat Ahmad)

4) Diampun dosa antara dua Jumaat

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
(HR Ibnu Katsir)


ada banyak lagi sebenarnyee... tpi mcm panjang sgt pulak.. hehehe
ermmmm... banyakkan fadhilatnyaaa.... 
rase rugi kan kalau takgunakan peluang ni utk diri sendiri...
haaa.. ape lagi rebut la peluang.. baca surah Al-Kahfi tiap Jumaat...
insyaALLAH.. ALLAH berikan ganjaran besar buat hamba-NYA...
dengan membaca Al-Quran hati menjadi tenang... setenang air di lautan...
sy juga sedang cuba istiqamah mengamalkan baca surah Al-Kahfi ni tiap Jumaat.. doakan... (^__^)
rase takmampu baca satu surah... baca la 10ayat awal & akhir surah... mudah kan??
sikit2 kita amalkan... lama2 dah biasa.. jadi berjangkit la satu badan nk trus baca..
insyaALLAH...

mohon undur diri...
semoga post ni berguna...maaf segala khilaf... ada silap mane2 tegur..

keep smiling!!!
nah amik satu untuk awak... =D



indahnya ciptaan Ilahi... =)

Thursday 6 December 2012

Kurnia




Assalamualaikum w.b.t.....
Salam dhuha..... =)
Saje2 nk share lagu fevret yg melekat di hati... tanpa sebab2 duniawi nyata yg melekakan...
Lagu ape?
Lagu kat atas ni haaaa....
yeah!!! Kurnia - Nowseeheart...
try dengar dulu....
hehehe... suke lirik dia...
nak kata lirik dia terlalu puitis... tak pun.. biasa2 jeee...
tapi tak tau laaa knape.. meresap dalam jiwa nih...

"Aku mengerti
Tiada yang lebih upaya dariNya

Aku ketahui

Kepadanya kita berserah berdoa
Kurniakan kemenangan di dunia
Bila diaturi Pencipta

Tidaklah aku di Syurga

Tanpa menerima rahmatNya
Tuhan peliharalah hambaMu ini yang lemah

Tuhan kurniakanlah ganjaranMu di syurga"



bila dengar je part nih... sy tersedar ALLAH Maha Kuat.. Maha Perkasa...
ALLAH saje lah yang Maha Pencipta... ALLAH Maha Pemberi rahmat.. nikmat...
rase rendah diri sangat dengan ALLAH...
rase diri ni tak ada apa2 untuk bagi pulangan pada ALLAH...
rase nak berterusan sujud... tunduk... malu pada Maha Agung nih....
Malu sangat bila segala nikmat kita dapat tapi taktau nak bersyukur..taktau nk berterima kasih...
Bukan tu je... terlalu bangga... sombong.. bongkak... lupa diri... rase diri tu hebat sangat la kunuunnn...
haihhh... Astaghfirullahal'azimmm... tak malu betol manusia ni...
duduk atas bumi ALLAH... tp tak reti bersyukur stiap kurniaan-NYA...
TAK MALU!! TAK MALU!! TAK MALU!!
Astaghfirullahal'azim....
Ampunilah hamba-hamba-Mu ini ya ALLAH...
Sungguh takmalunya kami kutip segala nikmat-Mu tapi tak sujud pada-MU...
Ampunilah aku...
Ampunilah kedua ibubapaku..
Ampunilah sahabat2ku...
Ampunilah hamba2-Mu ini...
Halalkanlah stiap pemberian-Mu kepada kami...
Berikanlah kami peluang untuk sujud.. bersyukur atas nikmat KAU beri...
Aku biarkan mutiara2 maluku jatuh kerna-Mu ya ALLAH..
Aku terlalu malu...
Syukur ya ALLAH... Terimakasih ya ALLAH..
nikmat dan rahmat-MU tak dapatku balas...
hanya tunduk sujud dan terus bersyukur pada-MU..





jom sahabat amalkan doa nih...




**ayat doa printscreen dari blog Berbahagia Dengan Takdirnya .. nk buat camne.. my lappy takde arabic version**


(^__^) 





indahnya ciptaan Ilahi... =)

Monday 3 December 2012

Kerna Satu Hati


kau sedih?
kau kecewa?
kau tak tenang?
jiwa kau terseksa?
jiwa kau kacau?
sebab apa??
kerana cinta tak dibalas?
kerana diri tak secantik muslimah lain?
kerana latar belakang yang tak semewah manusia lain?
kerana tindakan kau yang kurang matang?
kerana kekurangan diri yang terserlah??
HANYA kerana itu semua???
sedarlah wahai dikau yang bergelar muslimah..
sedarlah dikau ALLAH sayang...
sedarlah ibu dan ayah menyayangimu..
sedarlah kasih keluargamu...
sedarlah ada manusia di luar sana sayang padamu tanpa kau sedar...
bukalah matamu seluas-luasnya..
ALLAH berikan segalanya untuk kau...
ALLAH berikan kau ayah, ibu, keluarga, sahabat, dan masyarakat sekeliling yang menyokongmu..
Syukurlah dikau...
Syukurlah muslimah...
Syukurlah wahai hamba ALLAH...
ada insan di luar sana yang impikan nikmat yang kau ada sekarang...
ada yang mengalirkan airmata, menadah tangan, sujud menyembah ALLAH..
mereka yang mengharapkan nikmat yang sama seperti kau ada...
mereka menderita..
mereka terseksa...
hidup mereka terus dihina, dicerca, diancam...
keberadaan mereka tidak diiktiraf...
secara tak langsung mereka sangat perlukan nikmat yang kau ada untuk mereka...
kau kisah tentang itu??
tidak bukan??!
syukurlah diri kau sekarang..
tunduklah pada ALLAH...
berserahlah pada ALLAH...
kuatkanlah ibadahmu..
kekalkan ingatanmu hanya pada ALLAH..
bersangka baik pada diri...
ukirkan senyuman manismu selalu...
hiasi dirimu dengan memaafi...
jangan kau muram hanya kerana lara di hati...
jangan persiakan hidupmu kerana hatimu disakiti...
jangan perbodohkan dan lemahkan dirimu dihadapan insani yang tak perlu kenal kelemahan itu..
bangkitlah segera...
bangunlah dikau!!
percayalah! kau anak kebanggaan ibubapamu...
percayalah! kau kuat!
percayalah! kau hebat!
percayalah! kau terbaik!
percaya pada diri!
bina semula kekuatanmu!!
lupakan yang tak perlu!
bantu mereka yang dahagakan nikmat sepertimu...
pasti kau lega..
pasti kau bahagia..
insyaALLAH...
dengan izin ALLAH pasti segalanya berlaku...
demi hambaNYA yang tagihkan cintaNYA...


        

Hati itu milik ALLAH.. Peliharalah ia sebaik-baiknya...






indahnya ciptaan Ilahi... =)

Sunday 2 December 2012

Redhalah Dikau


Insan biasa yang sering lupa..
Insan biasa yang menghina..
Insan biasa yang tiada apa-apa..
Sedarlah kau tak layak untuk dia.. 
Sedarlah kau dia tak terima..
Sedarlah kau dia tak sudi..
Sedarlah kau dia tiada hati..
Sedarlah kau sudah buat dia benci..
Sedarlah kau sudah buat ibu & adiknya terkecil hati..
Biarlah dia..
Lepaskan dia...
Dia bukan untukmu..
Redhalah dengan takdir hidupmu...
Tentu ada yang dapat bahagiakanmu..
Rahsia ALLAH itu sangat suci..
Rahsia ALLAH itu terperinci..
Rahsia ALLAH itu pasti buatmu tersenyum sendiri..
Bersabarlah wahai diri...
Bersabarlah wahai hati..
Pasti ada hikmah disebalik semua ini..
Tingkatkanlah keimananmu pada Ilahi..
Sedarilah kamu hanya insani..
Tunduk padaNya..
Doa padaNya..
Tawakal padaNya..
Hanya Dia yang menentukan segalanya..
Percayalah pada janji-NYA..


Redhalah hatimu...



indahnya ciptaan Ilahi... =)

Friday 12 October 2012

10 Bulan Tidak Dijenguk...Kisah Kahwin!

Assalamualaikummm...
ermmm lama dah rasanya tak bukak & post something kat blog nih... sunyi sepi jeee... hehehe
hari ni.. hatiku terdetik utk menekannekan papan kekunci komputer riba ni... hihi..
insyaAllah lepas ni slalu post smthg kt cni...
untuk sape2 yg sudi membaca.. kut2 la ade ilmu skit kee.. saje boring2 nk bace keee.. kihkihkih... =)

umurku makin meningkat.. blaja dekat u ni pun dah nk abis dah... satu sem je tggal...lepas tu nak buat ape???
* kerja??
* kahwin??
* sambung master??
* menganggur??
jawapannya~~~ emmm no komen... bergantung pada masa dan keadaan... (erk!!! ok ke jwpn camtu? isk3) 

dalam mase satu tahun ni je.. hampir 5-6pasangan sahabatku mendirikan rumah tangga.. umur baru 22tahun...
mudanyaa... tapi.. matang...
perasaanku masa menghadirkan diri ke walimah mereka... huh.. bahagia sangat2 buat mereka.. teruja... tambahtambah dah lame tak berjumpe... lagi la bahagia tak terkata!!
semoga rumah tangga korang didalam redhaNya dan bahagia hingga akhir hayat..
ok cukup sampai situ...
sekarang ni kita berbalik pada umur yg makin meningkat tu.. 
orang lain dah kawen... kau bila lagi??? pertanyaan ni byk jugak didengar bile bersama sahabat2 lame...
jwpan artis sy... kalau diizinkan Allah dipertemukan jodoh awal.. ada laa... doa2kanlah... (ayat artis ke tuh?? =P)

tapi hati ni selalu jee berkatakata... 
* kenapa mudah sangat sahabat yg lain kawen?
* dorang ni dah ready sangat ke nk galas tanggungjawab besar tu??
* kee aku ni yang tak fikir nk kawen??
* kee aku ni yang terlebih nak enjoy je... muda lagi kan.. 22tahun baru..eh xsampai lagi...

and.......... at some point... terlintas benda nih....
* kau penah ke readykan diri utk melangkah ke alam perkahwinan ni??
* agak2 ko dah cukup beribadah, melutut, menyembah Allah ke?? cube tengok kawan2 ko yg kawen tu... ape penilaian kau tentang peribadi diorang...semuanya alim2.. semua jenis dengar kata..tak sosial,...
* kalau dah cukup, hati kau macam mane?? confirm putih bersih ke?? positif??

then..........diri sendiri tersentap jap dengan kata2 hati sendiri... berfikir sejenak...
* teruk ke aku nih?? 
* cukup dah ke aku sujud pada Allah.. buat ke tak perintah-Nya?? tinggalkan tak larangan-Nya??
* aku pun nk kawen jugak... (gatai sgt ke kalau ckp nk kawen ni?? huh) tapi dah ready ker??
* ape perlu aku buat sekarang ni?? duduk diam je??

persoalan demi persoalan timbul dalam hati dan kepala ni...
solution?? tak sure.... kene byk membaca kot... dan timba ilmu dari ustaz ustazah.. shbt2 yg dah kawen...
tapi sekarang ni saya start dah baca buku "Aku Terima Nikahnya" tulisan Ustz Hasrizal Abdul Jamil...


ramai sahabat2 tegur...
* kenapa kau baca buku tuh... (smbil tu gelaK)
* oooo dia dah tak sabar dah nak kawen... dengan sape?? (hmm jodoh itu rahsia Allah.. i pon xtaw sape.)
* jiwang gile kau skrg... (mmg jiwang pon... any prob??)
* eh kau baca buku tu ke??? hahaha... gile lah kau... (baca buku pon gile eh??)

so, mcm bese jawapan artis saya... aku membaca sebab nak readykan diri utk kawen...

reasons saya...
emmm actually sahabat se'dorm' mase kat KISAS saya, Nadhirah Muhamad Yusof yg kini blaja di Cairo University yg sarankan baca buku "Aku Terima Nikahnya" dan "Sebelum Aku Bernikah" untuk persediaan ke alam yg diimpikan semua orang tu didalam blognyaa Perindu Syurga.. =) sahabat saya tu dah selamat pon berkahwin mase raya hari tu...

ok...buku tu mmg tajuknya nampak jiwang... tapi dalam tu penuh input2 berguna... saya tak abis lagi baca...tapi hmpir stiap muka surat setakat yg saya baca penceritaan penulis tentang pengalaman dan nasihatnya membuatkan saya terus membaca dan membuka mata saya... nak tau ape lagi yg perlu tau dalam perkahwinan kelak..
nak readykan diri ni bukan mudah.... perlu ambik mase juga.. bukan hari ni baca satu buku tu... terus dah ready... NO!! boleh jadik ambil mase bertahun utk faham dan hayati stiap ape yg ditulis tu.... nak bina keluarga bukan mudah... shbt sy, Nadhirah 3tahun lepas dia dah fikir pasal mende ni... baru skrg dia kawen.. seee...persediaan ke arah nk membina masjid tu ambik masa kottttttt....
 kahwin tu tak sesenang lafaz akad... "aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwin dotdotdot" BUKAN OK!!! lepas je lafaz tu... berat lah tanggungjwab kamu.. dah kekalkan rumah tangga ingat senang?? KAMU SEMUA DAH READY KE LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB TU??? tanggungjawab terhadap Allah dah selesai?? mak ayah? adik beradik? 
kalau dah ready.. silakan kahwin... tahniah kerana anda sudah sedia.. semoga bahtera anda belayar menuju destinasi SYURGA ABADI... insyaAllah.... =)

pandainya kau ckp ye empunya belog nih... sekeh mau??? 
hehhehe xdelah pandai.. tapi stakat ape yg dah dipelajari... dihayati... difahami... rasenye boleh je kot nk berkongsi skit2... tak salah kan.. kalau ada salah silap kat mana2 tegur... insyaAllah saya terima dengan hati terbuka...
mintak maaf ye.. saya tak gatal nk kawen awal ke ape... tapi saya ada impian utk ada sebuah keluarga bahagia bersama pasangan rahsia saya yang Allah belum tonjolkan kepada saya... sebab tu saya belajar untuk bersedia membina masjid... saya nk masjid saya tersergam indah, berseri, yg semua orang akan tersenyum setiap kali melihat masjid saya... yg paling penting masjid yang diredhai dan diberkati Allah...
semoga sahabat2 yang lain pon ada impian yang same.. insyaALLAH... saya doakan juga kebahagiaan sahabat semua...


=) itu saje kot utk post kali nih...
next mayb sy nk kongsi ape yg saya sedang baca, "Aku Terima Nikahnya"
InsyaALLAH... 

terima kaseh kerana sudi meluangkan masa membaca post yg entah apeape.. tak seberapa... =)
sekadar perkongsian... 

ikhlas dari ku untuk mu~~~ 

indahnya ciptaan Ilahi... =)

Sunday 1 January 2012

Sahabat Selamanyaa

Assalamualaikum....
Terasa arini dipanggil untuk post something kt blog nih...=)
sekarang pukul 10.16pm 31Disember2011...
keseorangan dirumah tanpa teman...
new year la katakan... hehehe
TAPI..
tu bukan penghalang untuk gembira..
hati ini tenang xdapat kluar pegi mana2 malam nih...
tetibe rase Allah sangat sayang hambaNya ini...
tak pernah rase setenang camni...
ada hikmah disebaliknye...
mungkin Allah nak tunjuk jalan yg betul...
so kita terima saje....
Alhamdulillah... =)

ok.. tapi sekarang ni nk  stori2 pasal sahabat2 saya....
saya sayang sangat sahabat2 saya...
sumenye ade keistimewaan...
bile ingat gelagat sorang2... rase kelakar sgt...
rase happy je..

sahabt sekolah yg still bersama dlm ape jua keadaan.. wah! eheheh
Mashitah n Maisarah... mereka ni sangat2 awesome!!
xpenah lupekan saya... yg laen2 pon same.. Hani, Bella, Aziani, Muhsonat,.. senang cte satu dorm, satu rumah sukan, satu batch tu la awesome!! Love u all... Rindu korang sangat2....

mber2 sekolah rendah.... izdihar.. sarah.. aini.... asilah.. ni mmg sangat special... syg korang jugak!!!
mber sekolah mngah.. 3tahun.. 2bulan... bersama2 mngejar cita2 utk excel dlm sume exam.. hehehhe thanx korang...Nurina, Musliha, Syafiqa, Zafirah, HafizZabidi n sume la... nk sebut sume jenuh laaa... hehehe Sayang korang!!!

kawan2 kt mtrik pon byk sgt mngajar erti kehidupan.... ukhuwah yg kuat... sgt2 actually.. Nadiah, Hazwani, She, Baiti, Ghufran, Ekhwan, Assima, Fatin.. kenangan dgn korg xpenah daku lupa... kekal dlm ingatan... =) love u!!!

haa.... ni yg special skit.. sbb sntiasa bersama kemana saje.... setiap hari jumpe... =)
my housemate yg mmg sangat2 menggila... E, A, S, K, I...
E ni umo lebih tua dua tahun tp childish... tgk la dia pon comel je... hehe...
A ni plak mmg hot la kt campus tuh...
S pulak... kita same tggi kan... hehe bahan2 orang tu mmg dia la...
K ni mmg comel... suka nyanyi.. sedap lak sore dia... =)
I lembut orangnye.. orang watpe kat dia pon dia redha jee... n dia suke bercerita... =D
seronok dapat housemate mcm nih..
diorang ni slalu je tolong sy... terharu... lagi2 masak2...
kdg2 rse bersalah xmsak utk dorg... balik wat kek coklat jek... hehehe
sori sgt2 dear friends... love u all very very very much lah!!! =D

kul 11.06pm > E msg sy...
" erm.erm.sejujurnya. aku mmg betulbetul menghargai kau sbgi teman aku.terimakaseh utk 2011.
xmaenmaen ni. byk benda aku share dgn kau. byk bnda kau tlg aku.benda kecik, bnda bsr. segalanya
terimakaseh. buat semua permasalahan yg aku tmbulkan,segala karenah yg tpaksa kau lyn, emosi aku yg xmenentu, sejuta maaf aku pohon.hya satu aku mohon, percayalah bhw aku sgt syg kau sepenuh hati."

huhu.... terharu sgt2 rase... rase nk nangis jek... dah la duk sorg2 kan skrg... hihihi...
bkn snang nk dpt shbt yg hargai sahabatnye...  thanx my fren.. u'll be my fren till the end... =) 
i'll always pray for ur happiness my dear.... Love u Erliza....

I pulak slalu berpillow talk b4 tido... dah nak tdo kul 1 or 2... tp 'talk' pnye 'talk' kul 3-4 bru tdo...
byk sgt la pulak kan gosip n stori2 kuar tyme nk tdo... hehehe btw....tu moment yg paling best la... =)
Love u Atiqah...

S... saat paling best bile buli tahap syg S kpd si dia... hahhaa.. sian dia pukul telur smpi kembang sangat..
kalo gune mesin xpe lg... ni pukul gune tngan... tu saat yg paling xkan sy lupa... kamu juga slalu je tnya sy
dah makan lum... nk makan x... kalo nak makn... nk tolong masakkan skali.. hihii ingt sng ke nk dpt kwn cmni.. masakkan utk mber dia yg mmg xsuke nk masak nih.. Love u lah Shakinah...

K ni hosmet baru masuk sem ni.. hehehe.. suke sgt masak dia nih... ade je yg dia wat... cucur itu la...
cucur ini la... sedap2 lak tuh... mmg gadis melayu la awek nih... hihihi.. rajin mngemas lak tuh... untung sape dapat dia... =) Love u Hajar@Kim....

A sahabt sekelas from 1st sem smpi la sekarang.... sweet taw dia nih...ape dia wat sume sweet la... dia la satu2nya non-muslim dlm rumah ni.. tp dia sngt la hormat kami yg Islam nih... malu kdg2 rse... heheh..
rajin orngnye...sabahan yg cantek... heehhe bodek2 nih... =) Love u Audrey...

Next sahabt di kelab... kelab bwh naungan Pusat Islam Uniten taw... bukan kelab malam...
dorg ni mmg special... sy sgt rapat ngn mereka2 ni la... selesa sgt bersama dgn dorg ni... gi mana2 pon msti nak sama2.. nk lepak same2... nk wat keje same2... enjoy same2... susah same2...seronok sgt... untung dpt shbt2 cmni...Dora, Kak mira, Hanif, Farhan, Erfan, Hafiz,Kevin, Din, Alif, Muiz, Syafik n semua lah!!! akanku ingat segala kenangan manis dan pahit kita bersama...
bile kita moody... ade je yg perasan... n ade je yg caring... rase bertuah sgt2 lah... ade jugak org amik berat sal diri yg serba kekurangan ni... syukur sgt2 dapat sahabat mcm ni....
korang jangan jauh2 dari saya taw... saya perlu kamu sume dlam hidop saya...
Love u all....
sayang kamu sume sangat sangat sangat!!!!
My Charming Gardeners.... =)

Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom.
-Marcel Proust-
 sekarang dah pukul 11.55pm 31disember2011...

saya nak kamu sume tau yg saya sangat sangat sangat sayang kamu semua...rase bertuah dapat bersahabat ngan korang.. =)

semoga ALLAH berkati dan lindungi kasih sayang kita~ <3



Wallahu'alam~~



indahnya ciptaan Ilahi... =)