Rasai Ketenangan...

Friday 7 December 2012

Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum w.b.t...
Salam Jumaat 7Disember2012, 12.50ptg...
yeay!!!! post lagi.. hihihi..
sejak akhir ni mmg sy tak pernah boring post kt blog...hehehe

Eh dah Jumaat lah!! Penghulu segala hari...
Di sinari mentari ceria... yeay!! Alhamdulillah...
masih lagi bernyawa & melihat keindahan ciptaan Allah...
hmmm... biasanya Jumaat ni ape org akan fikir??
> oh yes! hari last keje/skolah utk mggu ni...
> yeay! bsok Sabtu! kita cuti!!
> emm rase nk balik keje awal la hari ni..
> hmm.. malasnya nk buat keje nih... ingt cuti jee...
betol tak ape yg sy taip kat atas nih?? kalau salah maaf banyak2... sy juga insan ada khilafnye... =)
ok.. ape yg sy nk sampaikan adalah...bukan 'keseronokan' yg diatas ni...
tapi berkenaan dengan amalan membaca Surah Al-Kahfi...
biasanye siapa yg pernah bersekolah agama /berasrama atau join usrah msti biasa dgn tazkirah2 pasal amalan ni kan?? tipu la kalau takde... 
sy sekolah asrama tak full 2tahun pon dapat ilmu ni... takkan yg dah skolah berasrama 5-7tahun taktau lagi pasal ni kan?? =P hihihi




Surah Al-Kahfi...ape khasiat/ fadhilatnya??

1) Terhindar daripada gangguan Dajjal (fadhilat paling femes!)

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Darda' daripada Nabi (SAW), baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi. maka terhindar daripada Al-Dajjal."
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah)

2) Terhindar Fitnah Dajjal

Daripada Al-Tarmizi, sesiapa menghafaz tiga ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi (SAW) bersabda: "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah AL-Dajjal"
(Hadis riwayat Muslim dan Al-Nasa'i)

3) Dilimpahkan Cahaya

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: " Sesiapa membaca awal dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
(Hadis riwayat Ahmad)

4) Diampun dosa antara dua Jumaat

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
(HR Ibnu Katsir)


ada banyak lagi sebenarnyee... tpi mcm panjang sgt pulak.. hehehe
ermmmm... banyakkan fadhilatnyaaa.... 
rase rugi kan kalau takgunakan peluang ni utk diri sendiri...
haaa.. ape lagi rebut la peluang.. baca surah Al-Kahfi tiap Jumaat...
insyaALLAH.. ALLAH berikan ganjaran besar buat hamba-NYA...
dengan membaca Al-Quran hati menjadi tenang... setenang air di lautan...
sy juga sedang cuba istiqamah mengamalkan baca surah Al-Kahfi ni tiap Jumaat.. doakan... (^__^)
rase takmampu baca satu surah... baca la 10ayat awal & akhir surah... mudah kan??
sikit2 kita amalkan... lama2 dah biasa.. jadi berjangkit la satu badan nk trus baca..
insyaALLAH...

mohon undur diri...
semoga post ni berguna...maaf segala khilaf... ada silap mane2 tegur..

keep smiling!!!
nah amik satu untuk awak... =D



indahnya ciptaan Ilahi... =)

No comments:

Post a Comment