Rasai Ketenangan...

Thursday 22 June 2017

Aku Cinta Ramadhan

Assalamualaikum wbt.,

Tahun ini 2017 Masihi/1438 Hijrah.
Umur aku lagi beberapa tahun saja lagi nak mencecah 30 tahun.
Masih bujang. Belum ada sesiapa yang menyunting. Jodoh tak sampai lagi. Redha.
Baru bekerja dua bulan sebagai jurutera setelah hampir setahun jadi penganggur berduit.
hehe. Bisnes sendiri.
Alhamdulillah.

Hari demi hari aku rasa makin tertekan. (Ye ke?)
Tertekan dengan diri sendiri yang masih tiada perubahan dari aspek rohani dan akhlak.
Aku berusaha untuk perbaiki diri aku. Macam-macam cara dan gaya aku cuba. Aku rasa seperti lalang. Sekejap sungguh-sungguh tambahbaik akhlak, sekejap leka dan lupa bila rasa diri dah jadi 'baik'. Allahu.. Ampunkan aku ya Allah.

Ramadhan 1438H.
Ramadhan tahun ini bagi kesan yang mendalam pada aku.
Di awal bulan Ramadhan aku dah sediakan jadual harian mutaba'ah. Jadual untuk aku beribadah pada Allah setiap hari. Macam jadual sekolah aku buat. Aku letak target Ramadhan tahun ini iaitu khatam Al-Quran sekali dan amalkan Ma'thurat setiap hari.
Aku pulun untuk habiskan membaca Al-Quran juzuk ke juzuk.

Hakikat wanita. Dicipta untuk bercuti di setiap bulan.Start dari aku 'cuti', aku stop baca Al-Quran. Rasa hilang arah sekejap sbb aku dah mula didik diri aku baca Al-Quran setiap hari. Sebelum ini jarang-jarang aku mengadap Al-Quran. Kali ini aku bertekad nak jadikan Al-Quran sahabat karib aku. Kalau boleh tak mahu terlepas langsung dari jasad aku. Tapi aku masih belum kuat untuk membawanya ke mana saja. Aku fikir aku ada alternatif lain seperti apps Al-Quran. Alhamdulillah berjaya juga cuma tak menepati target sangat.
Hari demi hari aku mula jatuh cinta untuk terus beribadah walaupun selalu juga rasa liat dan malas. Aku cuba kuatkan diri sedikit demi sedikit. Aku taknak rasa rugi bila Ramadhan meninggalkan aku nanti.

10 Malam Terakhir.
Sampai lah saat 10 malam terakhir Ramadhan.
Aku rasa sesuatu yang sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Aku rasa ada sesuatu yang buat aku terus sungguh-sungguh beribadah. Malam pertama 10 malam terakhir aku kecewa sangat sebab tak terbangun untuk qiamullail. rasa kecewa itu hanya Allah saja yang Tahu. Kecewa sangat. Esoknya aku cabar diri lagi. Aku cuba bangun malam. Alhamdulillah. BERJAYA!!

Aku gembira sangat-sangat. Perasaan itu buat aku rasa makin semangat dan seronok untuk teruskan qiam pada keesokan harinya. Aku rasakan diri aku ringan sangat. Dengan mudahnya aku bangun dan menggerakkan anggota tubuhku ke bilik air untuk berwuduk. Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Istikharah. Alhamdulillah selesai semuanya. BAHAGIA!!!

Begitulah rutin 10 malam terakhir Ramadhan 2017 aku. Walaupun balik lewat malam, aku masih lagi bersemangat dan bertekad untuk qiam.

Malam 27 Ramadhan.
Aku balik ke rumah sewa dari Putrajaya agak lewat. Aku jadi sangat risau. Risau aku tak berpeluang untuk bangun solat malam. Aku sungguh-sungguh meminta sahabatku yang aku yakin dan percaya untuk bangunkan aku. Kejut pada pukul 3.30pagi atau 4.30pagi. Tidurku tak senyenyak tidur malam-malam sebelumnya. Tidurku malam ini tidur yang penuh dengan rasa risau dan tak keruan. Aku tak mahu ketinggalan untuk malam ke-27. Andai kata Lailatul qadar pada malam 27, aku tak mahu rasa menyesal dan kecewa jika tak dapat bangun malam biarpun aku mungkin belum layak untuk merasai dan diizinkannya untuk menikmati Lailatul qadar. Pada aku waktu itu hanyalah aku mahu bangun malam. Aku nak qiam tak kira apa yang akan jadi. Oleh kerana kerisauan yang meninggi, aku terjaga sendiri pada pukul 1.55pagi. Padahal waktu itu aku baru saja tidur pukul 12 malam. Perasaan takut terlepas tu mashaaAllah.. Allah saja yang Mengerti.

Pukul 3.30pagi.
Aku berjaya bangun hasil misscall dari sahabatku Syafiqah. Terima kasih sangat-sangat Piqa. Aku terjaga dan terus mengambil wuduk. Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Hajat dan Solat Istikharah. Alhamdulillah aku berjaya tunaikan dalam masa 1 jam setengah. Berjurai air mata aku. Rasa syukur Allah izinkan aku bangun malam tunduk sujud menyembahNya. Allah beri aku peluang untuk bersamaNya. Tak pernah aku rasa nikmat sedemikian. Tak pernah. Aku rasa makin menebal cinta aku pada Allah. Aku makin cinta akan Ramadhan. Aku bersahur dalam tangisan sendu-sendan. Aku tak sanggup nak lepaskan Ramadhan pergi. Kali ini aku benar-benar tak sanggup. Aku mula rindu Ramadhan. Ramadhan Kareem. Sesungguhnya bulan Ramadhan itu bulan yang sangat mulia. Sangat memberi impak buat kehidupan aku.

Nikmat Sedih.
Kali pertama seumur hidupku aku merasa nikmat sedih. Sedih bila Ramadhan bakal berakhir dan berlalu pergi tahun ini. Terlalu nikmat sebab aku baru dapat benar-benar merasa pemergian Ramadhan yang mulia. Rasanya seperti kita kehilangan orang yang tersayang. Sedih sangat. Tapi sedih ini adalah sedih yang sangat nikmat. Lagi-lagi Allah perkenankan doa aku. Allah izinkan aku solat malam mengadap Dia di 10 malam terakhir. MashaaAllah bahagianya rasa hati. Tak terungkap.
Menangis aku rasa bahagia begini. Sekurang-kurangnya ada sesuatu aku dapat dari Ramadhan kali ini daripada tahun sudah.
Moga aku istiqamah di 11 bulan yang mendatang dan terus meningkat amal dan keimanan aku pada Allah. InshaaAllah. Amiiinnn~


Love,
Dieyna
22June2017 / 27 Ramadhan / 7.25malam
Seksyen U8. Tempat kerja.


 indahnya ciptaan Ilahi.. =)