Rasai Ketenangan...

Wednesday 25 September 2013

S Memo Travel 1

Assalamualaikum wbt., 

##perjalanan dari rumahku ke rumah makngah di Puchong sempena Majlis Doa Selamat keberangkatan sepupuku ke Sheffield utk menyambung pengajiannya di sana##

1)  Mengharap CintaMu


2) Tackle Buah hati



3) Allah Maha Penyayang








indahnya ciptaan Ilahi.. =)

S Memo Travel - Intro

Assalamualaikum wbt., 

S Memo Travel

-apa tu? ~ ini adalah kata-kata dari hatiku yg aku luahkan di S Memo 'smartphone'ku Samsung Galaxy Grand, hadiah pemberian abahku..
-kenapa 'travel'? ~ sebab kata-kata ini terluah tika aku dalam perjalanan dari suatu ke suatu tempat dan aku menjadi penumpang.. bukan pemandu..
-kenapa tak tulis dalam twitter je? ~ sebab panjang sangat.. dan kurang sesuai dikongsi di twitter..
- facebook kan ade.. kenape tak di facebook? ~ sebab tiada sebab.. lebih selesa di sini..
 

itu saja introduksinyaa... heheh...
semoga sama2 kita dapat merenung kembali siapa kita atas bumi Allah ni..
dan semoga S Memo Travel ni beri manfaat kepada sesiapa yg membaca.. =)

 


 indahnya ciptaan Ilahi.. =)

Kulit Gelap Kulit Cerah

Assalamualaikum wbt.


Kulit?? ada apa pada kulit?? hitam? putih? coklat? apa beza sume tu?? Kulit apa yg kamu pilih sangat ni?
Kulit manusia?? kulit manusia pun kamu pilih?? sedih dunia sekarang.. lagi-lagi di Malaysia sendiri.. pasal kulit pun nak bising-bising.. nak kutuk-kutuk.. nak benci-benci.. Astaghfirullahal'azim...

ok.. kenapa saya tulis entri ni? sebabnya saya bosan dan penat tengok manusia manusia yang konon bersyukur dengan kesempurnaan sifat ni terlalu rasa sempurna!!  so sad.. and so pity you guys yang ada perasaan macam tu, yang sangat memilih dan suka membanding-banding warna kulit dan rupa seseorang.. ada salah apa pada warna kulit dan rupa seseorang tu? salah ke orang berkulit gelap?? salah ke orang berkulit cerah?? salah ke rupa hodoh?? salah ke rupa cantik?? salah ke semua tu?? tak salah kan? tak ada sezarah kesalahan kan pada tiap jenis kulit dan rupa? dah tu kenapa tak habis nak banding-bandingkan pertikai semua tu? lupa ke tu semua kehendak Allah.. itu semua Allah yang buat? kamu mengutuk sana sini rupa dia itu.. rupa dia ini.. kulit dia itu.. kulit dia ini.. Allah yang buat semua tu tau.. jangan nak berlagak kamu tu perfect sangat.. seolah-olah kamu menghina ciptaan Allah.. bersyukur jelah kamu dikurniakan keadaan yang kamu rasa kamu sangat sempurna tu.. tak payah pandang serong pada mereka yang kamu rasa sangat tak sempurna tu.. huhh!

rileks.. rileks... banyak lagi nak tulis sebenarnyaa.. so, kene kawal diri supaya tak berat sebelah.. hehe.. Allah ciptakan manusia ni berbagai-bagai jenis rupa, warna dan bentuk..setiap ciptaanNya ada hikmah yang tersendiri.. ada tugas tersendiri sebagai khalifah bumi Allah ini.. Allah takkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.. bosan kan duk baca & dengar ayat nii.. tapi itulah kenyataannya dan kene terima dan juga sedar!
yang merasa diri 'perfect' tu, jangan berasa selesa dengan kesempurnaan yang diberikan oleh Allah.. Allah ada bagi tugas pada kamu.. kamu sedar tak? laksanakan tak?.. tidak?? jadi tak payah susah-susah duk tuding jari, gelak-gelak, hina mereka yang kurang sempurna pada pandangan kamu..
yang merasa diri tu 'tak sempurna' takperlu rasa down bila yang 'sempurna' mengejek kamu.. mereka lupa yang mereka juga ada kekurangan.. bahkan mungkin lebih banyak kurangnya dari kamu.. jadikanlah itu sebagai kekuatan dan cabaran kamu menjalani kehidupan seharian.. tak perlu difikirkan tentang mereka yang 'sempurna'.. tapi fikirkan Allah yang Maha Sempurna.. bak kata Prof Muhaya, "kita nak ikot kehendak manusia ke Allah? manusia ramai.. Allah satu jee.. kan senang ikot kehendak Allah.. follow yang satu ni jee.. ikot kehendak manusia pening la kitaa.."

Kelebihan yang mengurangkan dan Kekurangan yang melebihkan

Kulit Gelap
secara umum ramai yang tak berkenan dengan kulit gelap ni.. taktau sebab ape.. nak kata tak cantik macam tak sesuai.. saya tengok cantik jee.. cube tukar jadik cerah? mesti tetibe berduyun datang.. kalau tak cantik kenapa ramai manusia suke beli baju warna gelap? maksudnya warna gelap tu cantik la kan? ok lah.. whatever! pada saya kulit gelap tu cantik dan manis..
orang kulit gelap ni mungkin kurang menarik pada pandangan manusia tapi jangan dilupa mereka ada sesuatu yang sangat cantik dan berharga tapi tidak dipandang teliti oleh manusia.. gelapgelap mereka, cerah ilmu di dada..  kebanyakan yang saya baca komen2 di salah satu post fb kak Wardina, semua yang ada masalah gelap dan tak cantik.. tapi sangat excellent dalam pelajaran.. dan lebih mengenal kekuatan diri.. syabas anda semua! saya kagum! =)
kelebihan lain orang kulit gelap ni macam emmm kurang gangguan nakal.. (yelahh sebab kononnya nampak tak menarik kann..tu pon bile kene caranya laa..).. lebih tenang nak buat apa-apa.. terbuat silap pun orang tak amik kisah.. mana taknyaa.. orang tak pandang kot.. segelintir je yang ikhlas memandang.. pastu insyaAllah dapat jodoh yang betul2 ikhlas menerima dan sayang dia seadanya..

Kulit Cerah
yes! ramai yang tergila-gilakan jenis kulit ni.. memang sinonim kulit cerah sangat cantik.. dan pasti menggoda mata-mata yang memandang.. yang kurang cantik pon nampak jadi cantik.. pelik kan manusia ni? haha.. memang kulit cerah ni menjadi perhatian.. lemah iman manusia, habis lahhh... kebiasaannya berkulit cerah membuatkan seseorang tu lebih confident dengan diri.. tapi ade yang over-confident sampai tak sedar diri.. lupa yang setiap tingkah-lakunya diperhati satu persatu... ade juga yang merasa kurang selesa.. yelaahhh orang duk perhati.. nak buat ape pun tak jadi.. last2 menyepiii... paling tak best bila ada orang nak kacau2.. nak sentuh2..fuhhh... sakit jiwa jadinyaa.. lagi satu.. orang kulit cerah.. especially kulit yg putih melepak ada kurangnyaa.. kurangnyaaa bila kene cahaya panas matahari.. terus merah kulit tuu.. kadang2 tu sangat sensitif sampai kene guna payung nak pegi jalan tengah panas.. pastu ada pulak orang mengata.. "elehhh nak jaga kulit la tuuu.. xpayah laa.. dah cukup putih daa.. biarlah gelap2 sikit.. tetap putih jugak..".. dah pulakkk... masalah betol.. itu salah.. ini salah..

seeeee... masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya kann?? sedar dengan tak sedar jee.. semuanya bergantung pada diri sendiri.. nak jadikan kekurangan tu sebagai kelebihan or nak biarkan kekurangan tu buat kita down.. apa2 pun jangan menghambakan diri dengan kelebihan dan kekurangan.. nanti tak terjalan kehidupan seharian.. yang duk pikir kurang sangatnya diri tu sampai down & rasa tak layak nak buat ape2.. yang bangga dengan kelebihan diri sampai timbul perasaan ujub.. nak show off aje pulak..so, tak payah duk ambil tau pasal buruk cantik rupa... tapi ambil tau lah sejauh mana amalan kita diterima Allah.. biarlah kita tak diterima manusia.. asalkan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di bumi ni terlaksana dengan jayanya.. dan semoga kita semua ditempatkan di kalangan orang yang soleh.. insyaALLAH..



##Dah lama entri ni kat dalam 'Draft'.. hari ni baru terasa nak edit & update..



indahnya ciptaan Ilahi... =)