Rasai Ketenangan...

Monday 25 January 2016

Terbanglah Dikau bersama Rayani Air!

Assalamualaikum wbt.,


Aku buat keje gila masa birthday aku 18 Disember 2015. Dengan selambanya aku sesuka hati book tiket Rayani Air.
Ke mana? Ke Kelantan laa..
Sebelum aku book aku dah deal dengan sahabat aku masa belajar di Kisas. Dia kata dia free time 9-10 Januari 2016. Ok lah aku terus jela book. Dah setel bayar online semua tu, aku print tiket. Elok je aku print, kakak aku masuk bilik. Dia tanya "Apa hang print tu?". Tersipu-sipu malu la aku nak pecahkan rahsia sendiri. Teragak-agak juga aku nak bagitau dia ke tak. At last aku bagitau je sebab lambat-laun dia akan tau jugak dan aku akan mintak tolong dia nanti. Aku terangkan la apa yang aku print dan aku bagitau la kenapa aku buat macam tu. Lepas tu dia okay je.

Beberapa lama lepas tu, ada la dalam seminggu lebih, aku baru bagitau mak aku. Berpeluh jugak la nak mulakan conversation tu. Mak aku mula-mula macam nak marah sebab dia kata kalau pegi dengan kawan takpe. Ini tidak, pegi sorang-sorang. Dah la tak pernah naik flight. Abah pulak tau masa malam aku nak berlepas. huhu. Maaf abah. Aku pun mula la menerangkan kenapa aku tempah tiket flight tanpa pengetahuan mereka. 
Nak tau sebabnya?
1. Aku nak cabar diri aku. 
2. Taknak terlalu bergantung pada orang lain.
3. Aku tak penah naik flight. Bila lagi aku nak naik kan? Nak jugak aku merasa naik flight sementara ada peluang ni.
4. Rayani Air buat promosi. Harga mampu aku beli. haha.
5. Rayani Air penerbangan syariah pertama di Malaysia yang baru mulakan operasi Disember 2015.

Rayani Air buat promosi sempena penerbangan pertamanya.


Tu je. Pada orang lain mungkin alaahhh apa lah sangat naik flight tu. Takda ape yang buat teruja sangat pun. huhu. ok fine.
But for me, this is my first time ever. Ok lah Ok lah. Memang dulu pernah naik tapi masa aku masih baby. What do you expect me to do back then? I tak dapat nak feel okay kenikmatan naik flight.
So, this is the right time for me to challenge myself. ALONE. Ada je aku rasa nak ajak kawan aku join the trip tapi aku langsung takda unsur nak ajak pun bila bercerita tu. haha. Sorry sahabat. Masa ni la aku nak cabar diri. 

Naik flight sorang-sorang untuk pertama kalinya nak merasa kenikmatan naik flight di usia 25tahun. Dah la masuk KLIA2 tu pun first time. Memang macam rusa masuk kampung la. Eh betul ke peribahasa tu. huhu. Blur.
Orang yang dah biasa naik flight mungkin pelik tengok aku yang nampak macam perak sikit. Tapi ada aku kesah? hahah. Pandai-pandai la aku cover muka cuak + happy + perak tu. Dah la taktau macam mana nak dapatkan tiket. Tapi apalah gunanya belajar tinggi-tinggi tapi tak reti nak bukak mulut bertanya. Orang kata apa? "Malu bertanya sesat jalan". Alhamdulillah. Aku tanya kaunter sana sini, sampai juga aku ke kaunter S. Kat situ la ada kaunter penerbangan Rayani Air. huh. Lega. Sape tak lega weh. Kata kena check-in 45 minit sebelum flight take off. Tapi aku sampai KLIA2 mau sejam sebelum. Ada beberapa minit je sebelum diorang off kaunter. Dah la taktau celah mana aku nak pegi. haha. Apa pun kita kena relax and steady!. =D.  

Apa orang depan buat aku ikut je. Dia keluarkan I/C dengan tiket tunjuk dekat pegawai di gate J, aku ikut. Dia amik bekas untuk letak barang-barang kat tempat untuk scan barang, aku ikut. Pastu aku ikut je signboard kat KLIA2 tu. Aku cari la J11 tu kat mana. Agak-agak orang masuk gate J11 tu, aku masuk. Tunjuk tiket, pegawai tu koyak. Pastu aku tengok orang duduk. Aku pun ikut duduk. Snap snap gamba tiket sikit sambil tayang kasut baru. haha. 

Pastu pihak Rayani Air panggil masuk flight. Wahhh.. perasaan tu berdebar gembira weh. Dengan ramah mesra cabin crew Rayani Air, kurang la sikit rasa berdebar tu. Masuk je dalam cabin tu, wahhhh lawanyaa.. berwarna-warni. Lagi ceria la muka aku ni. Aku pun cari la seat 16E. Oh. Seat wing kanan. Duduk tengah-tengah. Ok lah tu. Tak dapat tepi tingkap pun takpe. Tiba-tiba ada mamat sorang ni suruh mengenjak ke hujung. Maksudnya aku kena duk tepi tingkap lah. Gila tak suka. Laju ja aku ke tepi dengan senyuman melampau jugak aku rasa. haha. Thank you bro!. You made my day! Alhamdulillah. Dari awal duk tepi sampai laaaaa flight nak take off, aku pandang tepi ja. Syiok wehh.. Bertahmid tak berhenti aku. Bersyukur tak terkata. Nak nangis pun ada. Mata dah berair dah duk dalam flight tu. Nikmat Allah bagi. Apa aku nak semua Allah kabulkan. Mungkin doa mak jugak sebab aku dah lama cakap kat mak nak naik flight. Nak merasa syioknya naik flight. Satu-satu Allah bagi haa. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 


Taktau nak buat ape. Snap dulu. Sementara tunggu masuk flight.

Nampak tak tu Rayani Air. Kat sini la aku tengok orang duduk, aku pun duduk. haha.

Hihi. Sepanjang perjalanan nak masuk flight aku snap. Seronok la katakannn.. =)

Dalam cabin Rayani Air. Colourful. Saya suka. Saya suka!

Thank you bro! Takdirku dapat duduk di tingkap walaupun sepatutnya duduk di tengah. =D

Apa yang cabin crew tu tunjuk, aku tengok ja. Selama ni duk tengok dalam Awan Dania ja. Sekali aku boleh tengok depan mata. hihi. Rasa macam nak rakam je. Haha. Tapi segan pulak. Nampak teruk sangat perak tu nanti. So, kita save dalam minda jela. Bestnya naik Rayani Air ni sebelum take off diorang baca doa menaiki kenderaan dulu. Sejuk hati. Rasa selamat je naik flight tu.

Okay. Bermula lah kapal terbang nak berlepas. Whoahh.. Teruja aku haa.. Aku tengok kanannnn je. Tengok ke luar tingkap. Dah tak tengok kiri dah. Punya la nak menikmati saat-saat take off. Terbang! Terbanglah dikau!. Yeay!. Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaa.  Okay lah. Taknak cakap banyak. Nak tayang gamba dalam flight pulak. Dan di atas awan yang memutih bagaikan kapas. =D

Masa beberapa minit berlepas.

Flying high!

Teruja tengok macam-macam sayap keluar. Masa ni taktau yang dah nak sampai. hihi.

Okay dah sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

My best shot. =D Perasan je kan.

Alhamdulillah. Selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Pertama kali menjejakkan kaki di airport Kota Bharu. Kali kedua ke Kelantan setelah hampir 14 tahun tak ziarah bumi Serambi Mekah ni. Syukur Ya Allah. 

Setengah jam lepas tu jumpa lah aku dengan sahabatku, Maisarah. Lepas jumpa tu kena la inform kat family bagitau dah selamat sampai dan dah ada dalam kereta sahabat. Pastu Mak aku suruh tangkap gamba muka orang happy naik flight. Memang happy muka aku. Tapi taknak la share sini. haha. 

Masa menunggu sahabat tu, aku snap la satu gamba ni. Jemput tengok. hihi.

Depan pintu masuk D Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Sekian saja entri kali ni. Nikmat Allah curahkan banyaknya tak terhingga. Syukur. Alhamdulillah. 
Next entri nak taip taip apa yang aku buat kat Kelate pulok lah. hihi. 


dieyna,
25/1/2016.
12.48am


 indahnya ciptaan Ilahi.. =)