Rasai Ketenangan...

Thursday 17 April 2014

Persoal Nikmat?

Assalamualaikum wbt., 

rezeki sana sini....
setiap orang ade je rezeki masuk..
pernah ke kita bersyukur?
selalu ke tak sebut Alhamdulillah??
Allah~~
nikmat yang bertimbun..
rezeki yang menggunung.. 
tapi kita kata "takde rezeki la.." "untung la kau ada itu ini.. bla.. blaa..." "bestnye jadi kau semua dapat"
kecewa? sedih? sebab tak dapat nikmat yang serupa?
Astaghfirullah~~
istighfarlah... 
apa lagi yang tak cukup?
nikmat setiap manusia dan setiap makhluk berbeza-beza..
semua bergantung pada keperluan hidup masing-masing..
Allah takkan kurniakan nikmat dan rezeki tanpa sebab..
pasti ada sebab.. PASTI!
"takk... kau lain.. kau selalu dapat ape yang kau nak.. kadang2 yg kau tak minta pon dapat.."
Allah~~ Allah~~
kamu lupa istilah ujian dari Allah?
kamu tak sedar apa yang kamu luahkan tu berbalik pada kamu?
adakah kamu minta untuk hidup di dunia? tidak bukan? itu nikmat.
adakah kamu minta untuk tambah oksigen untuk bernafas setiap detik? tidak bukan? itu nikmat.
adakah kamu lupa kamu ada keluarga?
adakah kamu buta melihat anggota badan kamu yang sempurna?
adakah kamu buta di mana tempat kamu tidur, makan, beristirehat?
adakah kamu lupa setiap hari kamu bangun dari tidur itu suatu nikmat?
adakah kamu lupa Allah Maha Memberi Maha Mendengar Maha Mengasihani hambaNya??
adakah kamu memohon pertolongan dariNya?
adakah kamu menunaikan solat? itu juga nikmat!!
nak tunggu sakit terlantar baru nak sedar segala yang ada di sekeliling kita ni NIKMAT??
nak bandingkan jugak??? tak puas hati??
Allahu Akbar~~
rezeki banyak apa gunanya kalau tak digunakan sebaiknya..
rezeki banyak apa gunanya tak dikongsi bersama orang yang memerlukan..
rezeki banyak apa gunanya tak menunaikan zakat..
rezeki banyak apa gunanya hidup tak bahagia..
rezeki banyak apa gunanya tak pernah sujud menyembah Allah Yang Esa...
rezeki banyak apa gunanya kalau tak menjaga aib diri..
Na'uzubillahiminzaalik~~
rezeki sedikit tak semestinya  tak boleh bahagia..
rezeki sedikit bukan tanda Allah tak sayang.. tapi Allah terlebih cintakan hambaNya dan nak dengar rintihan hambaNya..
rezekit sedikit tak semestinya hidup sengsara.. 
rezeki sedikit tak semestinya tak boleh menuntut ilmu..
rezeki sedikit tak semestinya miskin..
rezeki sedikit tak semestinya perlu terlalu merendah diri sampai menghina diri..
Allah Alah~~
sedikit dan banyak rezeki bergantung pada nilaian kita...
apa yang Allah beri sememangnya cukup2 utk kehidupan kita..
apa yang penting adalah adakah kamu benar2 percaya pada janji Allah?
adakah kau benar2 percaya Allah Maha Memberi?
redha lah wahai manusia..
syukurlah wahai manusia..
jangan alpa.. jangan leka.. 
segala nikmat yang diberi tak kira sedikit mahupun banyak pasti ada hikmah dan ujiannya..
percayalah pada janji Allah..
berbuatlah amal soleh.. turuti yang diperintahkanNya dan jauhi yang dilarangNya..
syurga atau neraka...
di situ lah kelak di mana hala tuju kita...
nikmat atau sengsara~
semoga kita semua peroleh nikmat syurga yang abadi..
ameen~~







(^_^)farah.17/4/2014.khamis.9.40am.
 indahnya ciptaan Ilahi.. =)