Rasai Ketenangan...

Monday 3 December 2012

Kerna Satu Hati


kau sedih?
kau kecewa?
kau tak tenang?
jiwa kau terseksa?
jiwa kau kacau?
sebab apa??
kerana cinta tak dibalas?
kerana diri tak secantik muslimah lain?
kerana latar belakang yang tak semewah manusia lain?
kerana tindakan kau yang kurang matang?
kerana kekurangan diri yang terserlah??
HANYA kerana itu semua???
sedarlah wahai dikau yang bergelar muslimah..
sedarlah dikau ALLAH sayang...
sedarlah ibu dan ayah menyayangimu..
sedarlah kasih keluargamu...
sedarlah ada manusia di luar sana sayang padamu tanpa kau sedar...
bukalah matamu seluas-luasnya..
ALLAH berikan segalanya untuk kau...
ALLAH berikan kau ayah, ibu, keluarga, sahabat, dan masyarakat sekeliling yang menyokongmu..
Syukurlah dikau...
Syukurlah muslimah...
Syukurlah wahai hamba ALLAH...
ada insan di luar sana yang impikan nikmat yang kau ada sekarang...
ada yang mengalirkan airmata, menadah tangan, sujud menyembah ALLAH..
mereka yang mengharapkan nikmat yang sama seperti kau ada...
mereka menderita..
mereka terseksa...
hidup mereka terus dihina, dicerca, diancam...
keberadaan mereka tidak diiktiraf...
secara tak langsung mereka sangat perlukan nikmat yang kau ada untuk mereka...
kau kisah tentang itu??
tidak bukan??!
syukurlah diri kau sekarang..
tunduklah pada ALLAH...
berserahlah pada ALLAH...
kuatkanlah ibadahmu..
kekalkan ingatanmu hanya pada ALLAH..
bersangka baik pada diri...
ukirkan senyuman manismu selalu...
hiasi dirimu dengan memaafi...
jangan kau muram hanya kerana lara di hati...
jangan persiakan hidupmu kerana hatimu disakiti...
jangan perbodohkan dan lemahkan dirimu dihadapan insani yang tak perlu kenal kelemahan itu..
bangkitlah segera...
bangunlah dikau!!
percayalah! kau anak kebanggaan ibubapamu...
percayalah! kau kuat!
percayalah! kau hebat!
percayalah! kau terbaik!
percaya pada diri!
bina semula kekuatanmu!!
lupakan yang tak perlu!
bantu mereka yang dahagakan nikmat sepertimu...
pasti kau lega..
pasti kau bahagia..
insyaALLAH...
dengan izin ALLAH pasti segalanya berlaku...
demi hambaNYA yang tagihkan cintaNYA...


        

Hati itu milik ALLAH.. Peliharalah ia sebaik-baiknya...






indahnya ciptaan Ilahi... =)

No comments:

Post a Comment