Rasai Ketenangan...

Wednesday 12 December 2012

Luahan Itu.. Hanya untuk KAU

Assalamualaikum w.b.t...

Luahan rasaku?
Kau tahu apa ku rasa?
Kau tahu apa di hatiku?
Kau tahu apa keinginanku?
Aku mahu ke arah itu..
Aku mahu menjadi begitu..
Aku bercita-cita untuk ke situ...
Hatiku.. jiwaku... sering memberontak...
Tiap hari aku fikir akan itu..
Aku sangat cemburu melihat sahabat-sahabatku sudah ke arah itu..
Semakin ramai gadis ke arah itu makin jiwaku memberontak...
Dalamanku terusan memberontak..memberontak dan menberontak...
Aku mahu itu! aku mahu menjadi itu!! aku mahu!!
Mindaku berputar..
Bagaimana harus aku ke situ??
Apa aku perlu lakukan?
Bila aku harus ke situ?
Kuatkah aku untuk istiqamah lalui jalan itu...
Sejujurnya aku tiada tempat untuk meluahkan rasa itu..
Hanya sesetengah sahabat sahaja yang mengetahuinya...
Itu pun tak semua aku ceritakan..
Tetapi aku perlukan sokongan... dorongan...
Aku taktau harus bagaimana hendak aku luahkan rasa itu..
Sungguh luar biasa Cinta-Mu ya ALLAH..
Sehingga tidak dapat kuungkapkan dengan kata-kata...
Ya ALLAH bantulah hamba-Mu ini menuju ke jalan redha-Mu..
Jangan Kau hilangkan rasa ini..
Aku belum puas merasai kenikmatan cinta-Mu...
Hanya Engkau tempat aku meluahkan segala rasa..
Hanya Engkau tempat aku memendam rindu...
Hanya Engkau la segalanya di hatiku...
Jangan Kau jauhkan hati ini.. jiwa ini dari jalan-Mu..
Tunjukkanlah aku jalan untuk aku capai cita-citaku itu...
Sesungguhnya Kau Tuhan Maha Penyayang...Maha Mengasihani...



Cita-cita seorang hamba yang dahulunya hilang arah...
Cita-cita seorang hamba sangat besar dosanya...
Cita-cita seorang hamba demi menggapai cinta-Nya...
Cita-cita seorang hamba menjadi muslimah sejati...
Doakanlah daku..Doakanlah...
Aku sedang berusaha ke arah itu...
Aku mahu kelihatan cantik di sisi ALLAH...
Cukuplah hanya untuk ALLAH..
Cukuplah HANYA untuk Tuhanku Yang Satu...




elok kalau begini kannn... (^^,)





indahnya ciptaan Ilahi... =)

No comments:

Post a Comment