Rasai Ketenangan...

Friday 28 June 2013

Buat Heroku Abah!

Assalamualaikum wbt..

Sekarang 2.16pagi bertarikh 28 Jun 2013..
Butir-butir mutiara jatuh dengan mudah & laju sekali.. Basah lencun pipiku...
tak sekering saat cintaku ditolak orang...
Semuanya kerana seorang ayah yang kupanggil 'Abah'...
Aku lupa hari bahagianyaa 27 Jun... huhuhu



Abah.. 
Abah seorang ayah yang sangat hebat...
Jujur aku katakan kami anak beranak memang tak reti bergurau melawak...
Setiap yang diucapkan tidak pernah perkataan yang sia-sia...
Kebanyakannya kata-kata semangat, kata-kata kekuatan, kata-kata sokongan...
Sedikitnya kata-kata kecewa keluar dari bibirnyaaa...
Segala keperluan yang diberikan Alhamdulillah cukup...
Sebut saja apa yang anak-anak mahukan, abah akan usahakan...
Bila mak pergi berkursus, abah lah yang jadi suri rumah...
Sampaikan aku rasa malu dengan abah.. macam aku tak buat apa-apa...
Ego abah jatuh bila mak bercerita tentang masalah anak-anak...
Abah akan cuba selesaikan masalah masa tu jugak...
MashaALLAH.. Abah sangat hebat...
Terima Kasih Abah..


Abah.. Farah tau Farah anak yang degil.. Farah sedar.. Farah akan cuba perbaiki perangai buruk ni... Abah pun selalu je bersabar dengan Farah nii.. kat sini Farah nak cerita kisah2 kita yg terkesan kat hati Farah ni... kalau ikutkan banyakk... tapi yg ni paling tak boleh lupa.. =)

Abah.. Farah tau dulu abah bangga dengan kejayaan Farah masa PMR dulu... Abah kalau boleh nak cerita kat semua orang yang anak abah ni dapat straight A's... Abah excited tanya Farah nak hadiah apa.. Abah nak beli hanphone ade kamera (masa tu hp camera rare lagi)... Tapi Farah taknak.. Farah request kamera digital.. Abah beli.. Alhamdulillah.. terima kasih abah..

Lepas tu.. abah usahakan supaya dapat masuk asrama.. Farah dapat SMAKL.. mak abah paksa masuk situ... Farah masuk... dua bulan je pon.. pastu Abah datang SMAKL, abah bagitau yang Farah dapat tawaran KISAS.. Farah takpenah dengar nama sekolah tu.. apa? Kolej Islam Sultan Alam Shah? Sekolah Berasrama Penuh? SBP? Ape tuh? tapi ramai kata hebat sekolah tu..Abah bawak Farah pegi lawat KISAS.. kot2 Farah suke dngan suasana KISAS... Tapi malangnya Farah memang taksuka dan berkeras taknak masuk KISAS.. abah merajuk.. abah drive laju sangat.. hantar Farah balik ke SMAKL.. turun dari kereta, Abah tak pandang muka Farah sikit pun.. Farah salam.. Farah terus turun kereta.. tapi Farah tak terus masuk asrama.. Farah nak abah pandang ke arah Farah.. tapi tak.. sikit pun abah tak toleh.. Farah menangis dalam dorm.. semua orang tanya kenapa kenapa kenapa... Esok paginyaa,,, abah datang SMAKL.. abah tunjuk kat Farah borang masuk SBP.. Farah tengok abah dah isi semuanya.. tinggal tempat kosong untuk Farah tandatangan jee...Farah stress.. Farah tahan je hati masa tu abah.. Farah ade kelas lab masa tu.. Farah mntak izin masuk kelas.. Ingatkan abah terus balik.. Tidak! Abah pegi jumpe pengetua sekolah..Kebetulan pengetua SMAKL ex-kisas jugak! Sama dengan abah! pengetua pun suruh Farah pegi KISAS.. jumpe cikgu2 pun, semua cikgu suruh masuk KISAS.. Farah nak menangis.. kenapa takde siapa yg sebelahkan Farah.. lastly, Farah terpaksa akur ikut kehendak abah masuk KISAS.. esoknya abah ambik Farah dari asrama dan terus siap2 barang ke KISAS... sayu sangat hati masa tuu... lama kelamaan Farah sedar... ada hikmah semuanyaa.. KISAS memang hebat tarbiyah jiwanyaa... terima kasih abah..

Abah.. Farah ingat lagi masa hari jumpa dgn cikgu kat KISAS.. masa tu penuh dewan dengan pelajar & ibubapa... Farah cari abah dekat tempat duduk sebelah kanan dewan.. Abah takde.. Farah cari lagi... tiba-tiba Farah nampak abah dengan pakai jaket Bank Islam.. Hati Farah tersenyum gembira tau Abah.. Abah ambik cuti separuh hari semata-mata nak hadirkan diri ke KISAS.. Abah datang seorang tanpa mak..KL-Klang sangat jauh bagi mereka bermotor... Farah kagum ada ayah macam abah... hari tu penceramah sangatlah aktif dan kata-katanya yang menusuk jiwa membuatkan kami anak-anak KISAS berlari mencari ibubapa masing-masing untuk mintak maaf dan peluk.. Abah.. Farah ego sangat mase tu abah... Farah berkira-kira nak pegi jumpa abah & peluk ke tak.. Teruknya Farah Abah.. Tapi.. entah macam mana Farah jatuhkan jugak ego tu.. Farah terus pegi jumpa Abah dan Farah terus salam mntak ampun & peluk abah... masa peluk tu Farah taktau macam mana nak leraikan.. Farah rasa sebak..Dalam diri ni rasa bersalah sangat...Tak reti nak tunjuk muka merah & mata berair macam hujan lebat... Tapi dileraikan jugak sebab penceramah nak teruskan berceramah.. 

Beberapa tahun kemudian... baru Farah tau yang Abah tersentuh sangat dengan kejadian tu... semuanya mak yang ceritaa... Abah memang tak pernah tunjuk sedih.. tak pernah tunjuk gembira sangat.. tak pernah tunjuk kecewa.. Farah tau semua yang terbuku dalam hati abah tu dari mak... mak yang cerita semuaa...

Terima Kasih Abah!! Terima Kasih!! 
Farah sayang sangat kat abah.. Farah tak reti nak luahkan kat abah... Farah luahkan kat sini yee... Maafkan anak abah yang degil & bertuah niii yee... Banyak lagi tindakan Farah yang buat abah selalu terasa... tapi abah buat taktau jeee... Farah mntak maaf...
Abah.. jasa abah sangat besar... Farah taktau macam mana dengan diri Farah ni kalau ditakdirkan abah pergi dulu nanti...
Abah... Farah harap sangat dapat suami yang kental dan kuat jiwanya macam abah..
Farah doakan abah dapat pergi buat ibadah haji cepat2, sehat2 slalu dan bahagia disamping kami.....

SELAMAT HARI LAHIR KE-54 ABAH!!!

yes!! you are my hero Abah!!! =)



indahnya ciptaan Ilahi... =)

2 comments:

  1. sebelah2 je rupenye birthday abah2 kita..hehe.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tu la pasal.. malunye weh ko baca post nii.. tp aku nk jugak tulis... =)

      Delete