Rasai Ketenangan...

Friday 13 June 2014

Tok Ngah Nab

Assalamualaikum wbt., 

sabtu yg lepas lepas 10May2014, aku ada taip satu ayat ni.. 

     "Pernah tak kita terfikir kita akan mati bila-bila masa saja?"

berulang kali juga aku baca ayat atas ni..

hari rabu 14 May 2014 pukul 1.15pagi, aku dan keluarga aku masih tak tidur lagi tiba-tiba ada satu panggilan telefon. Pelik. Tak pernah orang telefon kami tengah-tengah malam buta ni. Kami dah rasa sesuatu yang tak kena. Adik aku jawab dulu panggilan tu. oh. Pakngah aku yang tinggal di Kedah telefon nak cakap dengan mak aku. Masa mak dalam perjalanan nak jawab panggilan tu, aku cakap kat mak... "lain macam je pakngah tepon malammalam buta macam ni.. risau pulak ada apaapa jadi"

muka mak dah lain. reaksi mak pun lain. mak letak gagang telefon. mak pandang aku. "Tokngah Nab dah takdak". Hah! Allahu rabbi... Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun.. hilang lagi seorang wanita yang aku sangat sayang. Tokngah Nab. Adik arwah tok aku. Aku anggap dia macam tok aku sendiri. Boleh dikatakan tiap kali balik kampung kami akan ziarah dia. Muka saling tak tumpah macam muka arwah tok. ah! aku rinduuuuu...

kami terus bergegas bersiap untuk balik kampung. dalam masa yang sama kami lupa kami belum tidur lagi. huh.. nasib baik ada dua orang driver. Senang la sikit nak memandu balik. dalam perjalanan tu abah banyak cakap pasal kematian. Dia cerita apa yang dia dengar dari tazkirah di Masjid Al-Firdaus belakang rumah kami. Dari apa yang abah cerita, satu part ni aku tak boleh lupa.

siapa yang tak takut mati? siapa yang tak seram bila sebut pasal mati? siapa yang seronok cakap pasal mati? mesti masing-masing muka tak senyum, muram. Sebab apa? amal soleh kurang. Setiap hari kalau boleh kita nak tangguh masa kematian kita. Walaupun orang yang sentiasa buat amal soleh pun nak tangguh kematian sebab takut mati dan amalan soleh yang dilakukan tak banyak dapat dihisab. Kalau malaikat datang nak cakap macam ni "boleh tak saya nak tangguh mati? saya tak cukup amal soleh lagi". Tapi tetap juga kita tak gunakan masa untuk amal soleh.


berputar-putar minda aku duk digest part ni. rasa malu dengan diri sendiri. malu dengan Allah. Amal soleh apa saja yang aku buat selama hidup aku ni? Rasa macam lebih banyak bersukaria tak tentu hala aje. Astaghfirullah~~


sampai je kampung, kami terus masuk ke rumah dan terus menuju ke tempat tokngah baring. MashaAllah..... hilang kata-kata aku tengok wajah tokngah sebelum dimandikan. suci. bersih. yang paling ketara, senyum. saudara terdekat cerita macam mana tokngah mengakhiri hidupnya. Petang selasa 13 may 2014, arwah sempat pegi ziarah saudara-mara. Dia siap uruskan haiwan ternakan lagi. Lembu. Ayam. Pada dia itu pun keluarga dia. Dia sayang sangat dengan semua haiwan tu. Kat rumah dia pun banyak kucing. Semua manja dengan dia. Ya. Dia seorang pencinta haiwan. Arwah banyak berkhidmat dengan makhluk ciptaan Allah. Dulu arwah seorang pengajar dan warden di Pondok Pak Ya. Sebelum dia sakit selepas maghrib tu, dia sempat isikan duit dalam sampul untuk diberikan pada orang yang akan baca al-Quran untuk dia. selesai saja tunaikan solat maghrib, dia jatuh sakit. Sempat juga dia minta anak cucu dia berhimpun keliling dia. Alhamdulillah. Tak lama lepas tu dia disahkan koma dari mak saudara aku yang juga seorang doktor. Sampai lah dalam pukul 1 pagi dia pergi meninggalkan kami selamanya.


Arwah pernah cakap kat kami yang dia pernah mimpi arwah tok kami. Dia kata dia pun entah-entah  mungkin akan meninggal masa umur 74 atau 75 tahun sama macam arwah tok kami. Masin kata-katanya. Arwah tokngah meninggal masa umurnya 75 tahun sama macam arwah tok. Waktu meninggal pun lebih kurang. Pukul 1 pagi. huhu..


Itu pengakhiran hidup tokngah. Macam mana pengakhiran hidup aku nanti? berbudi pada tanah pun boleh kira berapa kali. Buat baik pada haiwan pun jarang-jarang. berbakti pada manusia? hurmm... aku pun tak pasti apa sumbangan aku. Astaghfirullahal'azim.... Aku harap sangat sempat berbakti pada makhluk Allah. Bagi sumbangan untuk agama Allah. InsyaAllah.


Jom kita baca doa ni selepas setiap solat.


 

اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْـنِ الْخَاتِمَة وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُـوءِ الْخَاتِمَة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

Semoga dengan mengamalkan doa ini dan sentiasa berbuat amal soleh, kita dapat mengakhiri hidup kita dengan baik. InsyaAllah.


   indahnya ciptaan Ilahi.. =)

No comments:

Post a Comment