Rasai Ketenangan...

Saturday 10 May 2014

S Memo Travel 2 - Kereta & Jalanraya

Assalamualaikum wbt., 

10 May 2014, 5pm.
aku pulang dari UPM ke rumahku.
sejak banyak kali aku accident & kereta rosak (sekali aku langgar kereta orang. yang lain orang lain langgar sebab macam2 sebab), aku jadi seorang yang sangat berhati-hati memandu. Tak kiralah kereta tu baru atau lama. Sentiasa ada risau dalam diri ni. Lebih-lebih lagi orang nampak kesalahan aku yang satu berbanding kesalahan orang lain yang melanggar aku. Memang ramai orang nampak aku SENTIASA BERSALAH. jadi, aku tak nak perkara yang tak diingini berlaku lagi dan aku nak yakinkan mereka aku insan biasa yang bukan selalu betul. Boleh dikatakan aku fobia. Tapi memandu itu satu keperluan aku. Keperluan keluarga aku. Tanggungjawab aku pada keluarga. Fobia aku tu boleh dikatakan macam aku akan brek kereta dari jauh sebelum kereta aku mendekati kereta depan. Aku memandu pun ikut hadlaju yang ditetapkan lagilagi memandu di jalanjalan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Walaupun kereta ada bunyi-bunyi yang kurang disenangi sikit aku dah sangat risau. Ada bau asap sikit aku dah kelam-kabut tengok temperature. Enjin kereta macam nak berhenti je aku dah berdebar-debar. Tipu kalau aku kata aku tak sakit dada bila keadaan yang buat aku berdebar-debar, risau. Aku rasa perjalanan mana-mana pun, dengan kereta apa-apa pun aku rasa macam-macam kebarangkalian boleh berlaku. Tak salah kita, salah orang lain. Tak salah orang lain, salah kita. Tak salah sesiapa, salah struktur jalan. Selalu aku fikir benda ni dari perjalanan mana-mana pun lah.. 

Aku muhasabah diri.
Segalanya berbalik pada Allah..
Allah takkan mengizinkan sesuatu perkara berlaku melainkan dengan kuasaNya. Allah bagi aku macam-macam ujian. Banyaknya pasal kereta (tapi boleh relate untuk kehidupan seharian). Satu demi satu Allah nak tunjuk dan nak didik aku. Allah tunjuk aku jalan macam mana nak menghadapi suatu ujian tu. Allah bagi aku step by step apa nak buat bila jadi kereta rosak tengah-tengah jalan, macam mana nak handle masalah bila orang melanggar kereta kita atau kita melanggar kereta orang. Allah bagi aku merasa pegi balai polis sebagai orang bersalah. malu wehhhh... Allah bagi aku kekuatan emosi dan mental bila kes macam tu berlaku. Siapa tak terketar satu badan bila kemalangan berlaku. Lagi-lagi kalau kita yang salah. Dan yang paling utama....... Allah sangat sayang kat aku! Allah nak aku ingat Dia sepanjang masa. Allah taknak aku ter'miss' berzikir pun dalam setiap waktu. Allah nak bagi aku pahala. Allah rindu sangat nak dengar hambaNya berzikir memujiNya. Allah~~~ cair jiwa aku... butir-butir mutiara mula jatuh. <<(ayat dramatis kunun.. hihi)

Hmm...
Pernah tak kita terfikir kita akan mati bila-bila masa saja?
Pernah?
Apa yang kita buat ya?
Zikir banyak-banyak kan?
Pernah tak kita terfikir apa akan jadi kalau kita mati dalam keadaan bersukaria tanpa had, bergelak Ketawa sampai tak ingat dunia, terlalu melayan sifat amarah dan penuh dengan dengki dalam jiwa?
Takut tak?
Takut kannn...

Kadang-kadang aku rasa aku macam nak menangis je sepanjang perjalanan aku ke mana-mana. 
Sambil aku memandu aku nak je sentiasa puji ciptaan Allah.
Hebat Allah bagi manusia idea dan hubungkan sel-sel otak manusia untuk mencipta kereta, bina jalan raya, hasilkan satelit, cipta GPS, cipta radio, guna CD atau pendrive untuk dengar lagu.
Agung sungguh kehebatan Allah mencipta manusia yang berbagai ragam, telatah, warna kulit berbeza.
Allah terbitkan sifat simpati, kerjasama dalam diri manusia bila di atas jalanraya.
Wah... tak ke Allah Maha Bijaksana, Maha Mengasihani, Maha Penyayang, Maha Agung, Maha Penyelamat, Maha Pelindung, Maha Pencipta, Maha Berkuasa, Maha Adil?
99 nama Allah itu ada setiap masa dan di mana sahaja. Tinggal kita je nak kenal siapa Pencipta kita.
Yelah.. aku akui kadang-kadang terlupa jugak.. tapi itu takboleh jadi alasan.. usaha sehabisnya utk sentiasa ingat Allah.. kalau terlupa, minta ampun pada Allah dan cuba jangan ulangi silap lagi. kan?

Semoga kita semua beroleh keampunan dan kasih sayang Allah.. inshaaALLAH.. (^_^)

Mohon maaf salah silap bahasa di atas.

Wassalam~


Hamba ALLAH,
Farah
ditaip pada 10 May 2014, Maghrib, Sabtu.

bilik pinkrim, ksfff.



 indahnya ciptaan Ilahi.. =)

No comments:

Post a Comment