Rasai Ketenangan...

Wednesday 15 May 2013

Nota Diskusi Hala Tuju

Assalamualaikum w.b.t...

Ahad lepas 12Mei2013 telah diadakan satu program khas buat pelajar tahun akhir dan graduan institusi pengajian tinggi. Nama program tu ialahhhhhh..... jeng jeng jeng!!!! 
MAJLIS DISKUSI HALA TUJU

anjuran Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID) sangat menarik dan bermanfaat.. program ni dibuat di Kuliyyah of Engineering IIUM... Alhamdulillah saya diberi peluang utk hadiri diskusi ini... mesti ade yang tertanya2 siapa laaa penceramah program nii... emmm... special kottt... & slalu je penceramah ni masuk tv... hehehhe... ok penceramahnya ialah Ustaz Dr Zahazan, Ustaz Dr Zaharuddin & Ustaz Ramadhan Fitri... jangan main2.. mereka semua ni hebat2 belakaa... 

sebelum melangkahkan kaki keluar rumah utk mencari ilmu ni.. saya cume tgk siapa yang akan berceramah & apa point2 penting yg akan saya akan peroleh... saya sebenarnya tak tau pun latar belakang penceramah2 hebat sebelum nih... haisshhh teruk betol saya tak kenal orang2 hebat ilmunya ni.. artis2 tau pulak kan... isk3.. malu malu...

okay2.. actually saya nak share serba sedikit ape yg saya dapat dari program tersebut... insyaALLAH berguna walaupun takbanyak saya take note..

Slot 1 (Ustaz Dr Zahazan)
  • "Jadilah orang alim. rezeki akan sampai kepada kamu"
  • Fokus kepada kemampuan yang kamu ada.
  • Gunakan kemampuan yg ada sebaik mungkin.
  • Fikirkan dan lakukan apa yang boleh memanfaatkan kita & manfaatkan orang lain.
  • Mesti istiqamah. no stop2 ok... hehhe
  • Cari orang yang dapat bimbing kita ke arah bidang yg kita ceburi..
  • Tabahkan diri. Jangan melayan sangat kata2 orang..
  • Our business is PEOPLE.

Slot 2 ( Ustaz Dr Zaharuddin)
  • Ilmu itu seperti kamu kenal agama. Jadi kene teliti dari segala aspek. Kenal dengan siapa kamu menuntut ilmu.  (jangan mein terjah je nk berilmu.. pastikan sumber yg benar supaya ilmu dibawa tidak menyeleweng.. )
  • Sikap GAGAL graduan - SPOON-FEEDING
  • Betulkan world view (niat kita)
  • Kehidupan ialah peperiksaan. Sentiasa buat yang terbaik. keputusannya kita akan dapat di akhirat nanti.. sama ada syurga atau neraka...
  • nak jadi apa untuk career dan kehidupan?? apa2 yg kamu mahu jadi mestilah melihat pada perspektif Allah & perspektif manusia.. redha Allah dapat.. redha manusia pun dapat...
  • buat SWORD analysis.. tengok kekuatan & kelemahan diri...
  • cari orang yg paling kuat dalam bidang kita ceburi.. contoh: bidang medik... prof muhaya... bagus sangat..
  • tidur mesti cukup.. sangat penting..
  • minat dan keperluan... tak semestinya kene masuk bidang yg diminati... raih minat dgn cara mncari orang yg dapat hargai apa yg kita buat dalam bidang yg kita tak minat.. perlu faham ape yg masyarakat perlukan..
  • perlu ada carta pencapaian. supaya capat target.. mesti ade mentor yg berpengalaman lebih dr 10tahun. lepas tu.. bila kamu nk berhenti, tanya mentor tahap qualification kamu dalam bidang itu..
  • be extra ordinary
mahu sambung master or PhD or kerja?? 
  • lihat pada keperluan kamu & masyarakat dlm bidang kamu ceburi. perlu atau tidak sambung belajar. ada sesetengah bidang tidak perlu..
  • nak sambung PhD?? as a consultant.. YES!! sangat bagus..
  •  Master - perlu seorang yg matang atau sekurang2nya berpengalaman kerja 3tahun...
  • kalau PhD - jangan terlalu lama beza masa setelah buat master. 
  • untuk buat master & PhD.. perlu tengok universiti mana yg expert dlm bidang kita nak.
  • yang penting SUPERVISOR
  • kalau nk sambung ke overseas... better US.. 
  • kalau nk sambung PhD - free kat Jerman...
tahu ape yang penting dalam interview
  • kaji syarikat tu buat apa
  • don't too offensive
  • mesti ada soalan yg ditanya kpd mereka
  • kalau taktau, 'goreng' sajaa.. nk 'goreng' pon ade caranyaaa... mention la ape2 nama buku & penulis kee.. walaupun betul2 ada or tak.. pandai2 la adjust ayat tuuu... contoh: "saya tak pasti tapi saya boleh cari dalam........"
  • personaliti - pakaian & masa bercakap tu gerak2kan tangan sikit...
p/s: ustaz ade promot 1 buku ni.. JOM CARI KERJA.. try la cari & beli & baca... kalau tak silap contoh resume pon ade rsenye dalam tu... lupa lak nk beli aritu... huhuhu


Slot 3 (Ustaz Ramadhan Fitri)
  • 70% apa yg dinilai semasa interview... the way you present yourself... pakaian.. tenang... bercakap & kupas idea... 25% out of 70% - language proficiency
  • Gen Y - sangat berpenyakit.. iaitu GREEDY... & mudah GIVE UP... 
  • willing to learn and learn fast.
  • bersedia untuk diprovok..
  • "saya pilih...." is better instead of "saya korbankan...."  
  <<< contoh kes: dapat dua tawaran... satu tawaran dari A company besar & bergaji besar & ade kes rasuah... satu lagi tawaran dari B company kecil & gaji ala kadar & free from rasuah... then si Polan ni pilih company B dengan statement yg berbeza..
1st statement : saya korbankan tawaran company A...
2nd statement : saya pilih company B
maksud disebalik nampak sama... tapi mood disitu berbeza.. 1st statement nmpk mcm sedeh nk tggalkan keje gaji besar dan terpaksa pilih company B sebab tiada rasuah.. sedangkan 2nd statement nampak Polan begitu yakin dengan pilihannya dan tidak pandang pada twaran gaji dari company A..


okayyy... sampai disini sahaja nota2 yg dapat saya kongsi... harapnya berguna kepada yg membaca... ada salah, silap serta kekurangan dalam nota ni saya mohon ampun ye...

 ***untuk pengetahuan..MURSHID ada anjurkan bermacam program ilmiah..insyaALLAH semuanya sangat berguna utk kita... rajin2 la jenguk page facebook kt bawah niii...:
Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID) : https://www.facebook.com/murshidmy

untuk orang selangor.. ade program khas utk anda... ade kursus FREE... 
" Program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor 2013"
boleh tgk kat sini... http://www.alnaqiy.com/



indahnya ciptaan Ilahi... =)

No comments:

Post a Comment