Aku on facebook. Aku baca
status orang. Aku tengok video orang tag kawan aku. Oh ramainya sambut hari
lahir hari ni. Tak kisah la belated ke becoming ke current birthday. Tapi apa
yang terlintas dalam kepala aku ni aku sangat seronok tengok orang taip-taip
status ucapan hari lahir kat diorang, tag diorang dekat gambar kek atau apa-apa
hadiah untuk diorang. Seronok. Memang seronok. Dalam masa yang sama aku rasa
ada sekelumit cemburu di situ. Ada ke kawan-kawan aku, keluarga aku nak buat
macam tu ek? Astaghfirullahal’azimm. Lama aku fikir. Aku kenang balik
kisah-kisah hidup aku sebelum ni. Oh! Ada la! Sekali! Dua kali! Eh lebih dari
tu la! Allah! Macam mana aku boleh lupa ni? Ya Allah...
Selalu aku fikir orang tak bagi ucapan atau apa-apa hadiah
ni orang tu tak ingat dan tak hargai aku. Jadi, aku suka la nak bagi ucapan
apa-apa. Kadang-kadang aku bagi juga hadiah kat orang. Bila sampai giliran orang lain dapat
macam-macam aku rasa ada ke orang ingat kat aku? Ada ke orang pentingkan aku? Ada
ke orang hargai aku? Eh, apa tujuan aku ni? Haihh.. kamuuu niii... diri sendiri
pun pening dengan diri kamu ni.. hahaha.. **High expectations.
Ya! Betul! Too much expectation! My expectations over the
limit! Allahu rabbi~~
Sambil-sambil aku taip-taip ni, aku log in blog aku. Aku terbaca
entri terakhir aku. Pasal ‘Persoal Nikmat’. Haa! Sentap kau! Diri sendiri taip,
diri sendiri sentap!
Ya Allah tenangkanlah jiwa hambaMu yang lemah ini..sedarkanlah hati
hambaMu ini dengan nikmat abadi di syurgaMu dan sentiasa terbitkan di hati ni
supaya bersifat qana’ah ya Allah....ameeenn~
Semalam aku luangkan masa untuk isi rohani aku dengan
membaca buku karangan Ustadha Yasmin Mogahed. Reclaim Your Heart. Aku baca
chapter pertama. Attachments – Why do people have to leave each other?. Mula-mula
aku baca macam bosan sebab ayat dia takda point/bullet. Hehehe. Demand! Makin aku
baca makin aku nak baca. Haha. Ayat apa tu? Dalam penulisan dia tu ada sebut
pasal “expectation”.
“...one recipe for unhappiness it is that: expectations........The
problem was in WHERE I was placing those expectations and that hope. At the end
of the day, my hope and expectations were not being placed in God. My hope and
expectations were in people, relationships, means. Ultimately, my hope was in
this dunya rather than Allah.” - Yasmin Mogahed.
Expectations. Love dunya. Pain. Broken heart.
Dunya = imperfect + temporary = #@$@##@%$#*&
Kamu berasa sakit? Patah hati?
Ya! Aku berasa sakit.
Sakit kerana mengharapkan dunia itu mencipta satu perasaan
salah dan silap diri di mana memerlukan kita untuk perbaiki diri dan berbalik
pada Allah. We should only be attached to Allah. Lie all your hopes and
expectations only to Allah. Who has created us and gave us tasks to do as a
khalifah in this temporary dunya. One more thing, we must also realize that
nothing happens without a purpose. That broken heart and that pain are lessons
and signs for us to show that something is wrong and we need to make a change.
Sabda Allah s.w.t dalam Surah Ar-Ra’d: ayat 11,
Bagi tiap-tiap
seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari
belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah
Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah
apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada
sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada
sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak
ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
Aku perlu perbaiki diri aku dari mengharap dunia yang tak
sempurna kepada mengharap pada syurga yang sangat sempurna. Aku yakin pada
janji Allah.
Yelah.. aku ni manusia biasa. Iman turun naik. Adakala iman
aku kuat. Adakalanya iman aku lemah. Aku manusia tidak sempurna. Sentiasa mencari
siapa diri ini dan apa yang terbaik untuk disuap pada rohani diri ini.
Maafkanlah atas kekhilafan dirimu wahai diriku. Jangan menghukum diri secara lebih-lebih. Cukuplah
sekadar untuk mengajar diri berubah dari ‘merangkak ke proses seterusnya
berjalan berpaut pada dinding’. Yes! InshaaAllah!!
Do your best for the sake of Allah!! Surely you get what you want. Jannah. Allah loves you more
than you love Allah. Amen...
Love,
Farah
Zuhur,9th May 2014, Jumaat
Bilik pinkrim, ksfff
indahnya ciptaan Ilahi.. =)
No comments:
Post a Comment