Rasai Ketenangan...

Thursday 25 February 2016

Abah Kemalangan

Assalamualaikum wbt., 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Hari ini 25 Februari 2016.
Aku keluar dari kamarku. Turun ke ruang tamu. Pergi ke dapur bancuh Shaklee ESP. Jenguk bilik tidur abah dan mak. Kosong. Dah keluar rumah berkhidmat demi bangsa. Aku duduk di meja makan. Tempat aku menguruskan hal-hal bil rumah dan urusan tempahan kek. Sedang aku leka membuat kerja aku, tiba-tiba ada sebuah teksi biru merah berhenti di depan pagar rumah. Aku jenguk. Oh teksi hantar abah. Mana motor abah? Rosak ke? Abah sakit ke? Demam semalam tak kebah lagi ke? Aku buka pintu terus aku duduk di meja makan buat kerja aku. Sibuk nampaknya aku pagi ni. Abah masuk rumah. Macam biasa aku dengan abah tak banyak cakap. Tak ada senda gurau. Masing-masing buat hal sendiri. Begitulah setiap hari. Tapi dalam hati penuh tanda tanya. haha. Apa jenis la hubungan ayah dengan anak macam tu. 

Aku masih teruskan kerja aku. Abah rehat dalam biliknya. Sesi untuk aku cari resepi kek baru bermula. Copy and paste dalam Microsoft Word. Print. Printer ada dalam bilik mak dan abah. Aku masuk bilik nak ambil helaian yang aku cetak tadi. Tiba-tiba aku ternampak tangan abah berbalut. Aku tak keruan. Aku keluar bilik. Dalam hati aku tertanya sendiri, 'abah jatuh motor ke?'. Aku sedapkan hati aku, 'takda apa kot. luka sikit-sikit je.' Terdetik di hati aku nak pergi keluar tengok kasut abah. Aku periksa kedua-dua belah kasut. Kasut abah sebelah kanan ada kesan geseran atas jalan. Terdiam aku depan pintu rumah. Confirm abah jatuh motor. Lama juga aku berdiri depan pintu bermain persoalan di hati. Aku masuk dapur bahagian aku baking. Aku tampal resepi baru pada papan putih comel yang aku lekatkan di cermin kabinet perkakas untuk baking. Dari cermin kabinet itu, aku nampak pantulan tubuh abah yang sedang rehat di dalam biliknya. Aku terkejut. Kaki abah juga berbalut. Macam mana aku tak perasan. Air mata dah mula bergenang. Tak jadi aku nak meneruskan percubaan resepi baru. Aku masuk ke dapur tempat memasak lauk. Macam-macam perasaan timbul dalam fikiran aku saat ini. Aku tak mulakan masak. Aku duduk lama di kerusi dapur. Kenapa abah tak cerita. Abah tak nak kami risau ke? 

Kemudian, abah masuk dapur. Dia suruh aku tengok jawatan kosong bidang aku yang ada dari 'handphone'nya. Aku tak mampu nak bersuara waktu itu. Aku dengar je apa yang diucapkan. Kelu nak bertanya apa yang dah jadi pada abah. Abah bagi handphone dia dan terus masuk ke biliknya. Aku terbaca whatsapp dari kawan pejabat abah. Gambar abah kemalangan! Gambar yang masih fresh. Tanpa balutan. Darah di bahagian kanan badan abah banyak. Di telinga, tangan, lutut. Lain tempat aku tak pasti. Aduh! Peritnya aku rasa. Tergendala semua agenda aku hari ni. 

Aku masuk bilik abah. Pulangkan handphone pada dia. Aku rasa aku dah kuat untuk bertanya akan apa yang terjadi. Abah mulakan cerita sambil tunjuk luka di lutut dan tangannya.

Abah : Abah accident tadi dekat titi dekat dengan Hospital Tawakal tu. Sikit ja ni.
Aku : Abah accident dengan apa?
Abah : Motor tiga bijik dengan keta sebuah. Senereh dengan keta. Abah duk depan sekali. Takdak apa la. Dah pi hospital tadi.
Aku : Motor hat lain jatuh jugak ka?
Abah : Dak. Abah ja jatuh sebab abah duk depan sekali. Jatuh terbaring seret sikit.
Aku : (aku imagine macam mana abah jatuh. perit hati ni nak terima) Keta tu berhenti dak?
Abah : Berhenti skali. Orang putih. Takdak apa la. Sikit ja.
Aku : Motor abah antaq pi bengkel ka? (soalan untuk kawal emosi aku)
Abah : Dak. Abah tinggai di hospital. Tengok lah malam satgi macam mana.
Aku : Esok abah MC la kan?
Abah : haa.. esok dapat cuti jugak. Doktor suruh abah pi lagi sabtu ni tengok macam mana. Takut ada apa-apa. Takdak apa la kot. Luka-luka ja.
Aku : Abah habaq dekat mak dak? 
Abah : Dak pun.

Aku pun berlalu keluar dari bilik abah. Sebak. Dari cerita abah tu, macam-macam boleh berlaku. Bukan aku nak fikir yang buruk-buruk. Tapi aku dapat rasakan abah juga fikir perkara yang sama. Kalau apa-apa yang buruk terjadi macam mana? Aku tau abah sangat risau kalau aku tak dapat kerja lagi. Kalau tak, kenapa dia masih search job vacancy untuk aku dalam dia tengah sakit-sakit tu. Kalau abah takda siapa nak sara keluarga? Huhu.

Perkara sebegini yang aku paling takut dan paling tak nak aku dengar. Aku memang takut kehilangan. Di bibir dan riak wajah kata kuat. Tapi di hati siapa yang tahu? Cukup lah waktu almarhumah tok dulu tinggalkan kami. Seminggu sebelum tok pergi aku menangis tak henti di ward ICU Hospital Sungai Buloh. Depan tok aku yang terlentang penuh dengan wayar tu aku kuat. Tapi keluar saja dari ward, aku tak dapat nak menahan diri. Saudara mara yang datang melawat bertanyakan apa-apa, aku tak dapat jawab. Aku larikan diri daripada mereka. Macam mana orang lain boleh kuat? Aku tak kuat. Orang suruh aku sabar. Aku sabar tapi air mata tetap nak jatuh. Aku jaga tok. Aku tau apa tak kena. 

Jadi aku taknak benda tu berlaku lagi. Aku takut aku tak kuat. Tapi aku yakin. ALLAH takkan berikan sesuatu ujian itu melainkan dia mampu untuk hadapinya. ALLAH masih bagi peluang pada aku untuk bersama orang yang aku sangat sayang.

Ya ALLAH.. Kau panjangkanlah usia ayahku dan ibuku.
Kau berikanlah rahmatMu kepada mereka.
Kau berikanlah kesihatan yang mantap kepada mereka.
Tempatkanlah mereka di Syurga Firdausi.
Ya ALLAH.. berilah kesempatan kepada mereka untuk sujud padaMu, memuji dengan penuh kecintaan kepadaMu.
Berikanlah juga kesempatan buat kami untuk berbakti kepada mereka setelah apa yang mereka korbankan untuk kami sepanjang hidup kami.
Ampunkan kedua mak abah kami.
Ampunkan segala salah silap dan keterlekaan kami semasa hidup di dunia penuh fitnah ini.
Amiiinn~



Love,
farah
anak abahmak
4.10ptg



 indahnya ciptaan Ilahi.. =)

Friday 19 February 2016

Sabarlah...

Assalamualaikum wbt.,

Kadangkala aku rasa nak putus harapan.
Tapi aku kuatkan juga teruskan berjalan.
Aku nampak orang lain bahagia.
Aku nak macam mereka.
Sudahnya aku lupa kebahagiaan yang sedia ada.
Ya, ada yang mungkin berkeinginan kebahagiaan aku miliki.
Tapi kebahagiaan itu aku tidak rasainya.
Sehingga aku kehilangannnya.
Oh, lupa diri juga aku ya.
Mula hatiku rasa syukur tak terhingga.
Alhamdulillah atas segala nikmatMu.
Tetap juga aku mahukan nikmat yang lagi satu.
Nikmat yang mereka semua ada tetapi tidak padaku.
Kerna ada sesetengahnya melihat itu kekurangan aku.
Pada mereka aku tidak bersungguh mendapatkan itu.
Aku jadi malu.
Aku buntu.
Sampaikan aku merasakan diri aku mengganggu.
Oh Tuhan, apa lagi harusku lakukan?
Ujian yang Kau Beri sangat menduga imanku.
Sungguh.
Aku perlu bertabah.
Tambah sabar.
Sabar. Sabar. Sabar.
Tuhan, aku percaya pada setiap janjiMu.
Aku sangat percaya.
Aku menunggu dengan penuh pengharapan.
Aku perbaiki mana yang kurang.
Aku cuba tambah ketaqwaan.
Oh Tuhan, ampunkan dosaku andai itu menjadi hijab hadirnya nikmat itu.
Ampuni aku.
Ampuni aku.
Ampuni aku wahai Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Kau Maha Mengetahu apa yang terbaik buatku.
Kau Maha Mengetahu bila masa terbaik untukku miliki setiap nikmatMu.
Aku PERCAYA.


indahnya ciptaan Ilahi.. =)