Rasai Ketenangan...

Saturday 17 October 2015

Prasangka?

Assalamualaikum wbt., 

Kita sebagai manusia sering sangka dan berprasangka. Tengok orang tu sangka itu. Tengok orang ni sangka macam-macam. Sememangnya manusia biasa macam kita ni senang untuk lemah dengan tipu daya syaitan yang suka sangat buat kita berprasangka.

Takpe. Dugaan. Sabar. Sabar.

Ok lah kita cerita kat sini supaya tak berprasangka bukan-bukan.

Semua orang pun ada dugaan. Semua orang pun ade ujian. Nampak dengan tak nampak je. Kita nak judge buat apa? Lain orang lain liku kehidupannya. 

Kita nampak orang tu happy2. Kita tengok semua post dalam facebook, twitter, instagram happy-happy. Kita cemburu. Kita stalk dia. Timbul rasa iri hati. Kita kata dia buat-buat happy. Kita kata dia nak menunjuk-nunjuk. Kenapa nak rasa macam tu? Adakah kita tau dia sentiasa happy? Kita tau apa yang bermain dalam hati dan fikiran dia masa tu? Yakin ke dia benar-benar happy?

Macam mana pulak kalau orang tu muka monyok jee. Selalu kita tengok dia post apa-apa mesti nampak dia macam tengah kecewa, down, takde mood memanjang. Kita tak suka. Kita menyampah. Kita kata dia takde life ke ape. Kita bosan dengan dia dan block dia. Hurm.. Betul ke sepanjang hidup dia penuh dengan kesedihan? Yakin ke?

Dua-dua golongan ni sama sahaja sebenarnya. Bezanya sama ada kita memilih untuk melihat dari sudut positif atau negatif saja. Orang yang kita nampak happy mungkin mereka lebih selesa untuk menyembunyikan masalah dengan ceriakan wajah. Mungkin dengan cara tu ringan sedikit bebannya untuk hadapi masalah dia supaya tak ditambah lagi dengan kata-kata luar yang mungkin buatkan dia rasa tertekan. Orang yang kita nampak sedih pulak mungkin mereka tak tau atau buntu untuk pilih jalan mana. Nak cerita semua masalah supaya orang keliling beri kata-kata sokongan dan dorongan atau hanya berdiam diri membengkakkan mata dengan tangisan tak henti-henti. Lain orang lain caranya. Jika kita tak selesa, tegurlah secara berhemah dan hikmah secara personal.

Tak perlu cemburu. Tak perlu menyampah. 
Doakan setiap orang di keliling kita supaya dipermudahkan segala urusan, diberi ketenangan hati, dilapangkan jiwa, dikuatkan iman dan dihindari dari godaan syaitan. InshaaAllah.
Setiap khalifah di Bumi Allah ni, Allah dah sediakan segala macam nikmat untuk dirasai.
Semuanya bergantung pada pilihan kita sama ada mahu bersyukur atau tak.

Apa yang pasti. Hindarkan diri kita daripada sentiasa berprasangka bukan-bukan.
Kalau curious sangat, pi jumpa or private message dengan orang tu, tanya direct. Ok? =)




p/s : membebel pulak setelah sekian lama tak bebel kt blog ni.. (^-^)V


 indahnya ciptaan Ilahi.. =)